Wednesday, 19 August 2015

Kembalikan Senyumanmu

Assalamualaikum dan selamat pagi dunia! 😁

Kembali ke arena blog setelah sekian lama meninggalkan kerja2 penulisan begini. 😅

Kenapa Jaja buat tajuk 'Kembalikan Senyumanmu'?

Jaja nak kawan-kawan dan pembaca diluar sana sama-sama kembalikan senyuman hari ini dengan mengingati perkara paling seronok dan paling membahagiakan kita.



Setiap hari pasti ada perkara yang membuatkan kita rasa tak seronok. Samada di rumah, di tempat kerja, ketika bersama kawan2 atau bersama keluarga.

Kadang2 datang lambat pun dah jadikan kita tak seronok nak bekerja. Betul tak?

So, Jaja nak kita be positif dan sentiasa senyum. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Jom kita buang jauh-jauh perasaan yang tak seronok tu.

Kalau kat rumah tu tak payah nak cerita banyak2 kan..anak2 sahaja kadang2 sangat mencabar kesabaran kita. Tetapi tetaplah dengan senyumanmu wahai ibu kerana anak2 kita pasti tetap merasakan kasih sayang kita di kala kita marah.



Banyak perkara akan dapat kita atasi dengan sedikit senyuman. Ingatan untuk Jaja juga supaya sentiasalah senyum di kala sedih dan ada masalah bagaimana sekalipun.

Semoga dengan sebuah senyuman dapat merubah dunia. =)

Salam sayang,
《JaJa》


No comments:

Post a Comment