Tuesday, 6 October 2015

5 Jenis Buah Bantu Anda Kurus


Tahukah anda bahawa terdapat sebahagian buah-buahan yang mampu membantu menurunkan berat badan secara alami?

Sumber ini dipetik dari laman Health.com untuk membantu anda yang sedang berdiet. =)

Nanas mengandungi peratus air yang tinggi


Nanas
=====
Salah satunya adalah buah nanas. Buah ini biasanya terdapat di kawasan tropika. Kandungan 85% air yang terkandung di dalamnya mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Selain daripada menurunkan berat badan, ia juga menyegarkan tubuh badan. Nikmatinya setiap hari, anda akan rasai perbezaannya.

Beri mampu membantu menurunkan berat badan

Beri
====
Menurut penilitian yang dijalankan, buah-buahan dari kategori beri mampu menurunkan berat badan dengan kadar yang lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Beri terkenal dengan kandungan anthicyanin yang tinggi di mana turut meningkatkan tahap kesihatan. Antara jenis buah-buahan ini adalah strawberi, blueberi, cranberry dan banyak lagi.

Mengandungi karbohidrat dan air yang tinggi

Tembikai
========
Buah-buahan berair mengandungi kandungan air dan karbohidrat yang tinggibsangat baik untuk sistem percernaan. Ia juga memberi tenaga pada tubuh badan.

Ia juga membantu membersihkan racun di dalam tubuh dan membantu penurunan berat badan secara sihat. Kandungan air di dalamnya membuatkan anda kenyang berpanjangan.

Kandungan indeks glisemik dalam epal adalah rendah

Epal
====
Epal memiliki fungsi Indeks Glisemik (GI) atau kandungan gula yang rendah yang dapat menambah glukosa dalam darah secara perlahan.

Ia turut membuat anda merasa kenyang dan merupakan buah yang disyorkan untuk diet. Epal turut berfungsi membersihkan darah dan memperkuatkan sistem kardiovaskular.

Ia mampu meningkatkan kesihatan jantung, menghilangkan kolesterol jahat dan meningkatkan metabolisme pencernaan.

Buah-buahan kering merupakan sumber tenaga yang baik

Buah-buahan kering
==================
Buah-buahan kering seperti kurma, kismis, dan prun juga turut menjadi penyumbang terhadap penurunan berat badan.

Ia menjadi sumber vitamin, mineral serta tenaga yang baik terhadap tubuh saat anda berdiet. Bukan itu sahaja, buah-buahan kering mampu membakar lebihan lemak di tubuh yang membantu penurunan berat serta dalam masa yang sama meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

                               Sumber: Majalah Keluarga Harmoni (Bil 256)

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan di luar sana untuk membeli buah yang sesuai untuk diet harian anda. =)

Salam sayang,
《Jaja》



2 comments:

  1. Dlm banyak2 buah ni..nenas tu paling mnggiurkan maktang..haha

    ReplyDelete
  2. Pernah makan baby nenas tak aeinna? Yg tu lagi menggiurkan. Hihi

    ReplyDelete