Wednesday, 22 March 2017

Siapa tak kenal Solok Lada?

Rugi kalau tak kenal solok lada πŸ˜‚
.
Solok lada ialah side menu untuk nasi kerabu. Siapalah nasi kerabu tanpa solok lada! πŸ˜ƒ
.
Solok lada ni kalau di Kelantan dan Terengganu memang dah terkenal. Kalau di negeri-negeri lain tu, kalau ada solok lada bersama nasi kerabu, memang win πŸ‘Kalau takde tu belum boleh dikatakan original recepi πŸ˜‚
.
Balik kali ni Jaja berkesempatan belajar menyediakan solok lada. Kawan-kawan ada ke yang nak tahu cara buat solok lada ni?
.
Jom Jaja kongsikan resepi solok lada yang Jaja belajar dari adik ipar.
.
Inilah rupa lada siam tu. Sebelum tu kita buang biji dalamnya dan bersihkan.

Resepi Solok Lada
=====
Bahan-bahannya:

1/2 kilo ikan sardin/selayang
2-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Sebiji kelapa *pilih sedikit muda
Sebiji kelapa tua *perah dan ambil santan pekat

Beginilah rupanya selepas kita isi lada siam tu dengan isi ikan yang telah digaul bersama kelapa dan bahan-bahan lain.

Cara-caranya:
1. Pilih isi ikan dan buang tulangnya. Tumbuk bersama bawang merah, bawang putih, lada hitam dan kelapa muda secara bergilir. Gaulkan sehingga rata bersama garam dan gula secukup rasa.
2. Buang biji dalam lada siam dan sumbatkan isi ikan yang telah ditumbuk tadi ke dalam lada.
3. Perah santan pekat dan masukkan ke dalam periuk yang telah berisi solok lada tadi.
4. Masak di atas api perlahan sehingga santan kering.
5. Siap untuk dihidang.
.
Senang je kan. πŸ˜€
Kalau jumpa lada siam nanti boleh la kawan-kawan buat ye.πŸ˜‰
.
Salam saya dari dapur Cikgu Jaja 😍

No comments:

Post a Comment