Lewat dikurniakan zuriat?
Apakah puncanya?
Hal-hal berkaitan anak ini agak sensitif untuk diperkatakan tetapi masyarakat atau sesorang individu itu tidak boleh lari dalam membicarakan isu ini. Perkongsian ini bukan untuk memburukkan lagi keadaan tetapi perkongsian ilmu ini adalah secara umum untuk dijadikan wadah bacaan anda semua. 😙
Biasanya, pasangan yang belum dikurniakan anak lebih daripada setahun digalakkan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.
Antara faktor-faktor kelewatan proses kehamilan mungkin disebabkan 👇
🍃 Tiada penghasilan ovum yang matang.
🍃 Sperma yang tidak sihat dan berkualiti.
🍃 Ovum dan sperma tidak bersenyawa disebabkan penyempitan tiub falopio dan cecair mukus yang terlalu pekat.
🍃 Embrio yang tidak berjaya melekat di dinding rahim
Selain daripada itu, pasangan juga perlu tahu beberapa faktor lain yang menyebabkan masalah kesuburan.
🍃 Faktor-faktor yang mengganggu kesuburan 👇👇
---------
🌿 Merokok - merokok bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah ia mengurangkan peluang untuk menghasilkan sperma yang sihat.
🌿 Masalah berat badan - BMI yang melebihi 29 adalah tidak elok untuk untuk pasangan yang inginkan zuriat. Kajian terbukti menunjukkan bahawa lelaki yang obes akan menghasilkan cecair semen 60% kurang berbanding mereka yang mempunyai BMI kurang daripada 25
🌿 Stress - stress dan kemurungan hanya akan menjarakkan lagi hubungan pasangan dan keintiman akan menjadi semakin renggang.
🌿 Masalah haid - pasangan wanita yang mengalami masalah haid yang panjang, sakit ketika haid dan kedatangan haid yang tidak teratur akan meningkatkan risiko ketidaksuburan wanita tersebut.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi input-input yang berguna untuk kawan-kawan semua. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberikan zuriat yang solah dan solehah.😍
Aminnnn..
Salam sayang 😙
Jaja
Pengedar Shaklee 😍
No comments:
Post a Comment