Monday, 4 December 2017

Cukuplah Sekadar Fun Run Setakat Ini

Cukuplah sekadar fun run 5km setakat ini.

Larian Disember; Go Green Run @ UKM 

Kalau ikut hati, memang Jaja teringin nak masuk lebih lagi tapi tak nak badan mengejut macam dulu, so kita pilih lari santai-santai sahaja.

Macam mana boleh terjebak dengan event running ni?

Asalnya Jaja nak ada satu hobi atau aktiviti sukan yang boleh bantu Jaja sentiasa fit dan cergas. Kononnya bila nampak sepupu Jaja selalu pegi cycling, macam teringin.

Tapi bila Jaja ajukan pendapat ni kat suami, dia kata pilih sukan yang tidak memerlukan kos yang besar 🤣

Dari situ mulanya Jaja join dengan event larian ni.

Selepas sakit belakang masa bulan Mac tu, Jaja stop lama aktiviti-aktiviti sukan. Start balik masa event sekolah suami. Masuk untuk suka-suka.

Tak sangka dari situ Jaja terus join event setiap bulan. Dah takde sakit belakang. Alhamdulillah sangat 😍


Jaja selalu join event dengan kakak. Ada masanya kami bawak semua anak-anak dan suami. Diorang akan carik port lepak dulu mana-mana sementara tunggu kitorang habis lari. 😁

Event Oktober; Nivea Care Run

Berapa bayaran setiap event?

Bergantung pada organizer dan goodies yang diorang bagi. Setakat ni yang paling best join ialah Nivea Care Run. Bayar RM65 tapi goodies bag dia worth to RM100. Macam-macam ada 😁

Catatan masa dan pace tu penting

Satu lagi yang penting bagi Jaja ialah apps Strava ni. Apps ni akan rekod jarak, masa dan pace larian kita. Baru la boleh tengok laju ke tak. 😊

Tapi minggu lepas pace memang ke laut la sebab route dia berbukit-bukit. Latihan pulak kurang masa seminggu nak lari. Memang agak pancit la 🤣

Apa pun Jaja suka join aktiviti macam ni sebab Jaja rasa ni salah satu me-time jaja. Selain tu dengan berlari ni jugak dah membantu Jaja menurunkan peratus lemak.💪

Kalau ada kawan-kawan yang berminat nak join boleh pegi kat website www.racexasia.com. Banyak event kat situ boleh pilih 😊

Ok. Sampai sini dulu cerita pasal hobi Jaja ni. Kita sambung lain kali ok. Jangan lupa makan Ostematrik lepas beraktiviti fizikal supaya tak sakit-sakit kaki dan badan.😉

Cikgu Jaja | #rakanfitnessanda

No comments:

Post a Comment