Bento yang disediakan dengan penuh rasa kasih sayang dari umi untuk kakak |
Nasi + ikan siakap 3 rasa. Buah jambu batu dan mix berries choc kek.
Harap umi boleh sediakan bento untuk kakak everyday. Memang suka bekalkan dia nasi supaya kenyang lebih lama.
Kakak pernah cakap dia suka makan kat kantin sekolah sebab ayam karinya sedap. Tapi umi rasa sedih jauh di sudut hati sebab setiap kali balik dia cerita makanan kantin sedap.
Dia tak tahu ke umi masak lagi sedap? 😂
Sebenarnya banyak kelebihan bila kita bawakan bento untuk anak.
1. Kita tahu apa yang anak kita makan di sekolah dan kebersihan lebih terjamin kerana yang sediakan makanan tu kita sendiri.
2. Kita boleh sediakan makanan yang lebih bernutrisi kepada anak-anak kerana kadang-kadang di sekolah tidak dijual buah-buahan. (sayur sahaja yang kurang kerana anak kadang-kadang menolak makan sayur)
3. Boleh mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak melalui masakan kerana anak akan sentiasa ibunya adalah seorang insan yang hebat di sisinya.
4. Dapat memupuk sikap berjimat cermat dan mendidik anak-anak menyimpan wang dari kecil.
5. Dapat mengeratkan silaturrahim anak dengan kawan-kawan kerana kadang-kadang mereka berkongsi bento yang di bawa, sekaligus memupuk sifat suka berkongsi dan tidak pentingkan diri.
Pandang setiap satu itu dari sudut positif. In shaa Allah, kita sedang berikan kehidupan yang terbaik untuk diri kita dan anak-anak.
#CJ
Ingin selalu menjadi hebat untuk anak-anak
No comments:
Post a Comment