Saturday, 7 November 2015

Hipertensi: Cegah Ia Sebelum Parah



Hipertensi ialah keadaan di mana darah kita sentiasa tinggi dari biasa. Pesakit tekanan darah tinggi sangat berisiko tinggi untuk mendapat sakit jantung.

Hipertensi juga dikatakan sebagai 'silent killer' kerana kadangkala gejala atau tanda-tanda kita mempunyai tekanan darah yang tinggi tidak kelihatan bertahun-tahun. Sedar-sedar kita dah jatuh atau tidak sedarkan diri.

Sebaiknya kita perlu membuat pemeriksaan kesihatan terutama sekali jika kita mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, mual dan wujud bintik darah di dalam mata.

Langkah Pencegahan
========

1. Tingkatkan aktiviti fizikal dan senaman.

● bersenam secara konsisten selama 30 minit sehari/ 3x seminggu dapat menurunkan tekanan darah.

● antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berjalan laju, berenang, berbasikal dan sekarang ada trend baru..berzumba. =)



2. Kekalkan berat badan yang ideal.

● ketahui berat badan anda dan pastikan ianya di tahap normal.


3. Kawal pengambilan sodium (garam)

● kurangkan atau elakkan sama sekali makanan yang diproses kerana kandungan garam dan bahan oerasa sangat tinggi *yang ini Jaja pun susahnya nak elak, tapi masih mencuba. =)


4. Hadkan pengambilan minuman berkafein

● siapa yang tak suka kopi? Susahkan kalau dah terjebak suka tetapi inilah yang perlu kita hadkan
● Cukuplah kalau dapat minum secawan kopi sahaja sehari. =)


5. Elakkan pengambilan alkohol berlebih

● kita yang beragama Islam memang dilarang tetapi jika anda bukan beragama Islam dan mengambil alkohol setiap hari, anda harus mula hentikannya sekarang.


6. Pengurusan tekanan & tidur yang berkualiti

● tidur yang tidak teratur dan kirang daripada 6 hingga 8 jam sehari akan meningkatkan tekanan darah
● pastikan kita menyusun jadual setiap hari dengan baik.


7. Amalan pemakanan yang sihat

● makan buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu serta amalkan pemakanan yang rendah lemak tepu.
● kurangkan makanan berminyak, elakkan mengambil kulit haiwan dan makanan yang diproses.


8. Berhenti merokok

● merokok akan merosakkan saluran darah dan akan meningkatkan risiko sakit jantung bagi pesakit tekanan darah tinggi.


Kita dah tahu 8 langkah mencegah hipertensi ini secara alami. Susah atau senang?

Bukan senang kan? Nak hadkan pengambilan, nak elakkan makanan yang kita suka. Takpe, mula-mula memang susah tapi lama-lama nanti oklah. Yang penting kita cuba.

Selain daripada kita kawal pemakanan kita, kita juga boleh tambah supplement ke dalam pengambilan makanan harian kita untuk mengawal hipertensi ini.

Ambil 2 hingga 3 biji OMEGA GUARD SHAKLEE sehari dapat mengurangkan ketegangan otot gara-gara tekanan dan dapat melancarkan peredaran darah kita.

Jaga kesihatan jantung kita demi masa depan yang lebih baik dan pilih Shaklee untuk kehidupan yang lebih sihat.




Ingin dapatkan produk Shaklee?

Hubungi
=======
Norliza@012 904 1044

Ingin beli produk Shaklee dengan lebih murah?

Dengan menyertai keahlian Shaklee, anda dapat berjimat 5 hingga 20% atas setiap produk.

Jom sertai sekarang! =)

No comments:

Post a Comment