Island BBQ dan Steamboat, Kampung Melayu Subang will always be my favourite place to go. Dari tahun 2012, kami sekeluarga telah ke sana. Jauh memang jauh. Dari Tanjong Karang kami sanggup ke Kampung Melayu Subang ini untuk menikmati steamboat dan bbq yang superb!
Apa yang menariknya?
♧ pilihan makanan yang banyak dan menarik
♧ seafood dan bahan mentah yang segar serta diperap dengan baik **pastinya sebab udang yang besar-besar
♧ sos bbq yang yummy sangat serta pilihan yang banyak. Ada bbq sos, thai sos, sos cili
♧ tempat yang selesa. (Tahun 2014 dh ada satu port berbumbung yang boleh buka tutup)
♧ harga yang berpatutan. (Ada harga warga emas juga)
Pelbagai pilihan makanan untuk steamboat. Pelbagai jenis mi disediakan. Sesuai untuk yang membawa anak kecil seperti kami. |
Dapat berjumpa dengan owner Island BBQ kali ni. Yang bertudung hijau sebelah anak Jaja tu |
Harga yang berpatutan dengan tempoha masa makan yang lama. Tambahlah ikut suka anda selagi anda larat. =) |
Minuman panas disediakan. Ada coffee and tea. |
Tempat penyediaan makanan yang lapang dan selesa untuk memilih. |
Selain daripada bahan-bahan untuk steamboat dan bbq, side dishes dia juga menarik. Last week masa Jaja pergi tu, ada laksa, nasi lemak, nasi goreng cina dan mihun goreng.
Senang cerita memang pelbagai jenis makanan boleh dinikmati di sini.
Jom Jaja share lagi gambar-gambar menarik kami di sana minggu lepas. Kali ni bawa mak, kak lang, dan adik-adik bersama.
Kuahnya kita boleh pilih. Ada sup dan tomyam.
Bila dapat dua meja dapatlah rasa dua2 kuahnya.
Ini sebahagian daging yang diperap dengan bijan dan udang yang segar. Pasti puas hati.
Ada orang tolong grill kan, kita tinggal makan saje. Hihi
My younger sister (left) with my sister in law.
My younger sister's family. Khaleeda pun nampak berselera sangat makan bebola dan jagung bakar.
Me and my lovely mom. Dulu nak sangat bawa mak dan arwah abah ke sini tapi tiada rezeki. Abah pergi dulu. Tengok mak senyum macam ni, terubat sikit rindu pada arwah abah.
Aisyah pun behave sangat hari tu bila duduk and makan je apa yang ummi bagi. =)
Aiskrim selepas main dishes. Pencuci mulut, menyejukkan tekak. =)
Waktu operasi ada dua sesi
=============
Sesi pertama: 5 pm hingga 8pm
Sesi kedua: 8 pm hingga 10pm
Kemudahan lain yang disediakan
===========
● parking yang luas
● surau
● tandas
● payung *ketika hujan
Kedatangan anda disambut dengan mesra dan kepulangan anda dihantar dengan senyuman. =)
Jaja cadangkan jika kawan-kawan nak pergi, better booking dulu tempat. Bimbang drive jauh-jauh tak dapat tempat pula.
Bagaimana nak ke sana?
Anda boleh waze terus menerusi alamat tersebut
Island BBQ dan Steamboat
Jalan Kemboja U5 Kampung Melayu Subang
Shah Alam
No. Telefon untuk reservation: 012-680 0041
Have fun kepada kawan-kawan yang nak mencuba k! =)
Jaja|Yang menulis ikut suka hati|
Best nya!
ReplyDeleteSudah coba ke belum? Pergi..pergi..hihi
ReplyDelete