Friday, 8 January 2016

10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan secara eksklusif adalah IMPIAN para ibu


Saya ambil artikel ini dari blog Mama Cery. It usefull. Terutama bagi saya yang bekerja dan ingin menjayakan misi penyusuan secara ekslusif untuk anak saya. So, tips ini bukan untuk saya sahaja..tetapi untuk di kongsi bersama anda juga.

Jom kita tengok apa yang perlu kita buat!

10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Kerapkan Menyusu/Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 – 5 jam.Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah berhenti. Susukan dia dan sambung semula sesi pemerahan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu yang dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

 2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan penyusuan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara kosong), dia akan memperoleh satu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

 3. Minum Banyak Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum air 3 liter iaitu kira-kira 13 cawan sehari.

 4. Fikir Bayi Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, diantara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.

Berdisiplin
Berdisiplin ketika memerah susu. Jangan sesekali “ponteng” sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggulah masa yang boleh buat stok. Bagaimana? Gunakan tips #6 dan #7

 6. Tendum Pumping

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpulkan stok.

 7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, Cuma 60 – 70 peratus sahaja susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik marmet selepas menggunakan pam, ianya dapat mengoptimumkan pengumpulan susu sehingga 100 peratus. So, selepas pam jangan cuci terus corong. Buat perahan tangan . ia sangat membantu. Kalau dengan pam daripada 3.5ozsebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun Nampak sikit tetapi ada beza.

 8. Menyusu/Mengepam lebih lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi disebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan die menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk).

Jika anda kerap menawarkan sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk. Di mana hanya perutnya sahaja yang kenyang tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa 15-20 minit  untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi/selepas pemerahan bagi merangsang otak untuk menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga boleh membuat let down 2 – 3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah.

 9. Penyusuan malam

Amalan menyusukan bayi pada waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormone prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

 10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com

《Credit to Mama Cery》

Stok EBM Aisyah ketika saya masih berpantang


 Selain daripada tips yang dinyatakan di atas, saya juga mengambil kira pentingnya supplement kepada diri saya. Kerana bagi saya, nutrisi yang diperlukan oleh anak kita tak mencukupi sekiranya kita bergantung hanya kepada pemakanan yang kita ambil. so, saya mengambil langkah bijak dengan memilih rangkaian cadangan shaklee untuk penyusuan.

PENGAMBILAN VITAMIN SECARA KONSISTEN

Mengambil VITA-LEA, ALFAFA DAN ESP SHAKLEE secara konsisten boleh memberikan kita hasil yang diinginkan.

Mengapa Vita-lea Shaklee?

Ujian klinikil telah membuktikan dengan pengambilan vita-lea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-lea Shaklee merupakan multi-vitamin dan multi mineral yang mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan. Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.

Mengapa ESP Shaklee?

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikil yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Setiap 850gram (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Mengapa Alfafa Complex Shaklee?

Diperbuat daripada tanaman Alfafa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Ia memiliki gred paling tinggi dikalangan tumbuhan alfafa. Daun alfafa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak dan daun alfafa yang telah matang kaya dengan klorofil.

Untuk order dan konsultasi percuma:
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
Pengeposan Seluruh Malaysia

**Harga LEBIH JIMAT selepas anda MENDAFTAR sebagai ahli. RM78 SEUMUR HIDUP. Tidak wajib menjual

2 comments: