Air kosong adalah penting |
Ramai dikalangan kita mengambil mudah untuk minum air kosong setiap hari. Sukar untuk dijadikan habit yang baik. Tetapi tahukah anda, air kosong memberikan manfaat yang besar kepada tubuh badan kita. Jom kita tengok apakah manfaat minum air kosong ini.
MANFAAT MINUM AIR KOSONG
================
1. Membuat tubuh lebih sihat.
===
Apabila air mencukupi, hal ini dapat membantu agar distribusi nutrisi ke seluruh tubuh menjadi lancar sehingga semua sel dalam tubuh dapat memperbaiki diri dengan nutrisi tersebut. Dengan minum air sesuai juga akan meringankan kerja ginjal dan hati sehingga dapat membantu kita terhindar dari penyakit ginjal dan hati.
2. Memperlancar pencernaan.
===
Minum air membantu pembuangan racun hasil metabolisme lebih lancar. Ini akan membantu kita terhindar dari penyakit pada pencernaan seperti sakit dan sembelit.
3. Menambah kecantikan alami.
===
Kekurangan air akan membuat kulit kita terlihat kering dan berkerut. Air akan membantu menjaga kulit agar tetap kenyal sehingga terlihat awet muda dan cantik alami.
4. Membuat langsing.
===
Air dapat menurunkan berat badan. Mengapa? Kerana air tidak berkalori, bebas lemak, bebas kolesterol, dan rendah natrium.Selain itu, air membantu tubuh menguraikan lemak yang tersimpan. Bagi yang sedang berdiet, air dapat menjadi teman yang tidak boleh dilupakan. Dengan meminum air hangat sebelum makan, akan membantu kita merasa kenyang sehingga akan mengurangi selera makan dan mengurangi nisbah makanan kita. Minum air juga tidak akan membuat gemuk kerana air tidak mengandung kalori, gula dan lemak.
5. Meningkatkan kesuburan.
===
Untuk Anda yang sedang merencanakan kehamilan, ternyata air dapat membantu meningkatkan kesuburan kerana akan merangsang produksi hormon testoteron pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita.
WAKTU YANG SESUAI (DICADANGKAN) UNTUK MINUM AIR KOSONG
===================
Dalam grafik berikut, saya sertakan sekali seumpama carta ataupun info grafik, tentang bagaimana boleh kita minum air kosong atau air putih sebanyak sekurang-kurang 3 liter sehari.
Apa yang anda perlukan ialah beberapa botol air mineral 500 ml ataupun beli sahaja botol air tupperware 500 ml dan boleh refill once sudah habis.
Ikuti grafik berikut.
(Perkongsian dari channel IKHTIAR SIHAT)
Sekian perkongsian pagi ini tentang minum air kosong. Semoga bermanfaat kepada semua. *kiss*
With love,
Cikgu Jaja
Saya ikut waktu solat, satu waktu 2 gelas. Sebelum 1, selepas 1. 5 darab 2 sama dengan 10 gelas.
ReplyDeleteBagus juga idea tu kan. Mudah juga untuk diprwktikkan. Tq atas perkongsian. =)
ReplyDelete