BILA ALLAH MENEGUR
.
.
|
Bila Allah Menegur |
Ustaz, macam mana kita nak terima nasihat kalau kita tak suka kat orang yang beri nasihat tu walaupun apa yang dia kata itu benar?
.
Apabila kamu mendengar nasihat daripada orang yang kamu tidak suka, anggaplah ia teguran Allah melalui dia. - Ustaz Elyas Ismail
.
Dalam ceramah Ustaz Elyas, beliau berkata kita hidup kena saling ingat mengingati. Seperti yang telah disebutkan oleh Allah dalam Surah Al-Asr.
.
Sesungguhnya demi masa.
Manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh serta orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr: ayat 1-3)
.
Macam mana nak tegur supaya orang tak terasa ustaz?
.
Kalau tak nak terasa, tak payah tegur. Mudah π
Tapi orang yang terasa itu tandanya hati dia masih hidup.
Berbanding dengan orang yang langsung tak terasa apa-apa bila di nasihat. Orang-orang seperti ini yang sepatutnya kita lebih takut. Hatinya sudah tiada untuk Allah.
.
3 golongan yang perlu saling tegur menegur;
1. Ibu dan bapa kepada anak-anak
2. Guru menegur anak murid
3. Sesiapa sahaja (dengan adab yang baik)
.
Benda yang benar, pasti akan datang dengan sabar.
Berbalik kepada ayat tersebut. Berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
.
Begitulah juga dengan anak murid.
Anak murid yang hebat bermula dengan guru yang hebat.
.
Hebat yang bagaimana?
.
Hebat dalam menyampaikan ilmu dengan penuh kesabaran. Pernah sahabat nabi mengajarkan anak muridnya diulang-ulang 40x ilmu yang sama. Sehingga anak muridnya berputus asa. Tapi gurunya tetap mengajarkannya sehinggalah anak muridnya itu tadi menjadi ulama yang paling pandai.
.
Kita hanya manusia biasa.
Untuk apa kita ingin terasa hati bila ditegur?
.
Hatta Nabi Muhammad S.A.W juga ditegur oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi (ayat 23-24) dan Nabi Yunus juga ditegur oleh Allah ketika dia ingin meninggalkan umatnya dalam Surah Al-Anbia (ayat 87).
.
4 golongan yang perlu kita dekati untuk mendapatkan teguran yang baik ialah;
1. Orang yang alim dan beramal dengan ilmunya. Hidup mesti berguru
2. Musuh kita atau orang yang tidak suka dengan kita kerana mereka nampak keburukan kita (ini yang perlu kita baiki).
3. Pasangan kita kerana mereka sahaja yang mengenali kita luar dan dalam.
4. Sahabat baik kita kerana sahabat yang baik pastinya akan berkata yang benar.
.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian oleh Ustaz Elyas Ismail yang bertajuk Bila Allah Menegur. Jika ingin dengar yang lebih jelas boleh tonton sendiri di youtube. π
.
Semoga bermanfaat untuk kawan-kawan semua.π
#muhasabahdiri
#jalanmenujukesyurga