Siapa perlukan lebih protein?
Protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum.
Walaubagaimanapun, keperluan protein harian kita bergantung kepada aktiviti harian kita.
Jadi, siapakah yang memerlukan lebih protein?
1️⃣ Ibu yang menyusukan
Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.
Pengambilan protein bertujuan untuk mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu dan membantu pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi.
2️⃣ Ibu hamil
Ibu hamil perlu mengambil protein untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan sel bayi yang sihat terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
Pengambilan protein semasa hamil juga membantu ibu hamil meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.
3️⃣ Ahli bina badan
Otot memerlukan sokongan semasa melakukan latihan. Jadi ahli bina badan perlu mengambil lebih banyak protein untuk membina semula dan memperbaiki otot.
Pengambilan protein juga membantu membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.
4️⃣ Individu yang menjaga berat badan
Protein sangat penting kepada individu yang sedang menjaga berat badan kerana pengambilan lebih banyak protein membantu meningkatkan rasa kenyang lebih lama.
Ini juga membantu kita mengawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusanya.
Pengambilan protein juga mampu mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme.
5️⃣ Penggemar manisan
Pemakanan yang tinggi gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah. Ini akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan.
Pengambilan protein boleh membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan membantu mengurangkan keradangan, mengawal kolesterol dan kepekaan insulin.
Bagaimana untuk meningkatkan pengambilan protein?
Jika anda adalah salah seorang daripada di atas, cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan protein adalah dengan mengambil serbuk protein.
Anda hanya perlu campurkan dengan buah kegemaran untuk sarapan pagi yang lebih cepat dan sihat. =)
Dapatkan konsultasi kesihatan percuma dari 👇👇
==========
Pakar Shaklee anda 🍀
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
🔛 www.wasap.my/60129041044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
🚗 COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
📦 Pengeposan Seluruh Malaysia
==========
Pakar Shaklee anda 🍀
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
🔛 www.wasap.my/60129041044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
🚗 COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
📦 Pengeposan Seluruh Malaysia
**Harga LEBIH JIMAT selepas anda MENDAFTAR sebagai ahli.
No comments:
Post a Comment