Tuesday, 10 November 2015

Island BBQ and Steamboat yang superb!



Island BBQ dan Steamboat, Kampung Melayu Subang will always be my favourite place to go. Dari tahun 2012, kami sekeluarga telah ke sana. Jauh memang jauh. Dari Tanjong Karang kami sanggup ke Kampung Melayu Subang ini untuk menikmati steamboat dan bbq yang superb!

Apa yang menariknya?

♧ pilihan makanan yang banyak dan menarik
♧ seafood dan bahan mentah yang segar serta diperap dengan baik **pastinya sebab udang yang besar-besar
♧ sos bbq yang yummy sangat serta pilihan yang banyak. Ada bbq sos, thai sos, sos cili
♧ tempat yang selesa. (Tahun 2014 dh ada satu port berbumbung yang boleh buka tutup)
♧ harga yang berpatutan. (Ada harga warga emas juga)


Pelbagai pilihan makanan untuk steamboat.
Pelbagai jenis mi disediakan. Sesuai untuk yang membawa anak kecil seperti kami.

Dapat berjumpa dengan owner Island BBQ kali ni. Yang bertudung hijau sebelah anak Jaja tu

Harga yang berpatutan dengan tempoha masa makan yang lama.
Tambahlah ikut suka anda selagi anda larat. =)

Minuman panas disediakan. Ada coffee and tea.

Tempat penyediaan makanan yang lapang dan selesa untuk memilih.

Selain daripada bahan-bahan untuk steamboat dan bbq, side dishes dia juga menarik. Last week masa  Jaja pergi tu, ada laksa, nasi lemak, nasi goreng cina dan mihun goreng.

Senang cerita memang pelbagai jenis makanan boleh dinikmati di sini.

Jom Jaja share lagi gambar-gambar menarik kami di sana minggu lepas. Kali ni bawa mak, kak lang, dan adik-adik bersama.

Kuahnya kita boleh pilih. Ada sup dan tomyam.
Bila dapat dua meja dapatlah rasa dua2 kuahnya.

Ini sebahagian daging yang diperap dengan bijan dan udang yang segar. Pasti puas hati.

Ada orang tolong grill kan, kita tinggal makan saje. Hihi

My younger sister (left) with my sister in law.

My younger sister's family. Khaleeda pun nampak berselera sangat makan bebola dan jagung bakar.

Me and my lovely mom. Dulu nak sangat bawa mak dan arwah abah ke sini tapi tiada rezeki. Abah pergi dulu. Tengok mak senyum macam ni, terubat sikit rindu pada arwah abah.

Aisyah pun behave sangat hari tu bila duduk and makan je apa yang ummi bagi. =)


Aiskrim selepas main dishes. Pencuci mulut, menyejukkan tekak. =)

Waktu operasi ada dua sesi
=============
Sesi pertama: 5 pm hingga 8pm

Sesi kedua: 8 pm hingga 10pm

Kemudahan lain yang disediakan
===========

● parking yang luas
● surau
● tandas
● payung *ketika hujan

Kedatangan anda disambut dengan mesra dan kepulangan anda dihantar dengan senyuman. =)

Jaja cadangkan jika kawan-kawan nak pergi, better booking dulu tempat. Bimbang drive jauh-jauh tak dapat tempat pula. 

Bagaimana nak ke sana?

Anda boleh waze terus menerusi alamat tersebut

Island BBQ dan Steamboat
Jalan Kemboja U5 Kampung Melayu Subang
Shah Alam

No. Telefon untuk reservation: 012-680 0041

Have fun kepada kawan-kawan yang nak mencuba k! =)

Jaja|Yang menulis ikut suka hati|


Sunday, 8 November 2015

Jurnal Kesyukuran Saya #1

Jurnal Kesyukuran Saya
=============

Assalamualaikum dan selamat pagi world. 😍😍

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Rezeki kita Allah yang beri. Rezeki juga sejak posting Jaja dah punya kereta walaupun kereta kecik je masa tu. Kelisa warna gold. Dengan kereta tu jugalah Jaja dan suami ke merata tempat sehinggalah ada Auni.

Bila Arasy lahir, rezeki kami Allah tukarkan yang lain. Kami dapat tukar ke Wira SE. Itu pun bila rezeki kakak dapat beli kereta baru, Jaja just sambung bayar wira tu. Kelisa ke mana?

Kelisa Jaja pass pula kat adik amy.  Jodoh Jaja dgn Kelisa 4 tahun juga. Adik sambung bayar kelisa, Jaja sambung bayar wira since 2013.

Alhamdulillah, 6 November 2015 Jaja dah settle bayar wira tu. 😊Lega rasanya bila kereta dh habis bayar. 7 tahun tak terasa dok membayar. Tp lately memang counting day n night bila nk pegi buat settlement.

Satu kepuasan rasanya dpt settle dah. Selepas ni boleh fikir pula nk settlekan apa. Yang penting selepas ni dah ada duit lebihan pula bulan-bulan dan kewangan semakin stabil. Bolehlah Jaja kongsi sikit-sikit dengan mak, adik-adik dan orang lain yang memerlukan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Mudah-mudahan rezeki anda juga dilapangkan selepas ini.

Amin Ya Rabbalamin..

Love,
Jaja


Saturday, 7 November 2015

Sustained Release Vita C 500mg



Vitamin C merupakan keperluan asas nutrisi dalam tubuh badan kita kerana ianya mampu meningkatkan sistem imunisasi badan kita untuk melawan penyakit dan bakteria.

Kekurangan vitamin c boleh menyebabkan beberapa gejala sperti gusi berdarah, mudah slesema dan kulit kering.

Sustained Release Vita C 500mg Shaklee
===============
 
"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin c telah direka khas oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.

Perbezaan Shaklee
=========

Ujian klinikal telah membuktikan vitamin c di dalam 2 tablet vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid yang diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex.

Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin c di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat Utama SR Vita C 500mg
=============

● Membentuk kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

● Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

● Peningkatan Sistem Imun Badan - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemuligan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

● Memerangi kanser - ia adalah salah satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

● Mencantikkan kulit - Ambil vitamin c setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

● Memperbaiki Insomnia - ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

● Mengekalkan kolesterol sihat - ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Cadangan pengambilan
=========
Untuk memelihara kesihatan - ambil 2 biji SR Vita C 500mg setiap hari selepas makan.

》Ingin dapatkan konsultasi kesihatan secara percuma?
》Ingin dapatkan produk-produk Shaklee?

Hubungi saya:
========
Norliza@012 904 1044
Whatsapp/call/SMS/Telegram

《Jimat 5% hingga 20% apabila anda membeli produk-produk Shaklee apabila anda mendaftar menjadi ahli》


《Jimat RM14 apabila anda membeli SR Vita C 500mg Shaklee sepanjang bulan November 2015 ini!》

Hipertensi: Cegah Ia Sebelum Parah



Hipertensi ialah keadaan di mana darah kita sentiasa tinggi dari biasa. Pesakit tekanan darah tinggi sangat berisiko tinggi untuk mendapat sakit jantung.

Hipertensi juga dikatakan sebagai 'silent killer' kerana kadangkala gejala atau tanda-tanda kita mempunyai tekanan darah yang tinggi tidak kelihatan bertahun-tahun. Sedar-sedar kita dah jatuh atau tidak sedarkan diri.

Sebaiknya kita perlu membuat pemeriksaan kesihatan terutama sekali jika kita mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, mual dan wujud bintik darah di dalam mata.

Langkah Pencegahan
========

1. Tingkatkan aktiviti fizikal dan senaman.

● bersenam secara konsisten selama 30 minit sehari/ 3x seminggu dapat menurunkan tekanan darah.

● antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berjalan laju, berenang, berbasikal dan sekarang ada trend baru..berzumba. =)



2. Kekalkan berat badan yang ideal.

● ketahui berat badan anda dan pastikan ianya di tahap normal.


3. Kawal pengambilan sodium (garam)

● kurangkan atau elakkan sama sekali makanan yang diproses kerana kandungan garam dan bahan oerasa sangat tinggi *yang ini Jaja pun susahnya nak elak, tapi masih mencuba. =)


4. Hadkan pengambilan minuman berkafein

● siapa yang tak suka kopi? Susahkan kalau dah terjebak suka tetapi inilah yang perlu kita hadkan
● Cukuplah kalau dapat minum secawan kopi sahaja sehari. =)


5. Elakkan pengambilan alkohol berlebih

● kita yang beragama Islam memang dilarang tetapi jika anda bukan beragama Islam dan mengambil alkohol setiap hari, anda harus mula hentikannya sekarang.


6. Pengurusan tekanan & tidur yang berkualiti

● tidur yang tidak teratur dan kirang daripada 6 hingga 8 jam sehari akan meningkatkan tekanan darah
● pastikan kita menyusun jadual setiap hari dengan baik.


7. Amalan pemakanan yang sihat

● makan buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu serta amalkan pemakanan yang rendah lemak tepu.
● kurangkan makanan berminyak, elakkan mengambil kulit haiwan dan makanan yang diproses.


8. Berhenti merokok

● merokok akan merosakkan saluran darah dan akan meningkatkan risiko sakit jantung bagi pesakit tekanan darah tinggi.


Kita dah tahu 8 langkah mencegah hipertensi ini secara alami. Susah atau senang?

Bukan senang kan? Nak hadkan pengambilan, nak elakkan makanan yang kita suka. Takpe, mula-mula memang susah tapi lama-lama nanti oklah. Yang penting kita cuba.

Selain daripada kita kawal pemakanan kita, kita juga boleh tambah supplement ke dalam pengambilan makanan harian kita untuk mengawal hipertensi ini.

Ambil 2 hingga 3 biji OMEGA GUARD SHAKLEE sehari dapat mengurangkan ketegangan otot gara-gara tekanan dan dapat melancarkan peredaran darah kita.

Jaga kesihatan jantung kita demi masa depan yang lebih baik dan pilih Shaklee untuk kehidupan yang lebih sihat.




Ingin dapatkan produk Shaklee?

Hubungi
=======
Norliza@012 904 1044

Ingin beli produk Shaklee dengan lebih murah?

Dengan menyertai keahlian Shaklee, anda dapat berjimat 5 hingga 20% atas setiap produk.

Jom sertai sekarang! =)

Sunday, 1 November 2015

Ketahui 10 Kesan Kekurangan Air Dalam Badan


10 kesan kekurangan air dalam badan
=======

Kajian menunjukkan kehilangan 2% cecair dalam badan boleh menyebabkan;

1. Lemah daya ingatan

2. Sukar membuat kiraan walaupun mudah

3. Sukar memberikan tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutama sekali pada komputer dan bahan bercetak

4. Tekanan darah menurun

5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.

6. Lesu pada waktu siang

7. Kadar metabolisme menjadi perlahan

8. Menyukarkan penyingkiran bahan toksin

9. Darah menjadi lebih pekat.

============

Nah! Sekarang tahu tak kenapa kita sering rasa mengantuk atau kenapa berat kita susah nak turun?

Senyummm..sekarang dah tahukan?

Jadi mulai hari ni kenalah pastikan kita mendapatkan air yang secukupnya. Sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Barulah kita dapat mengekalkan kesihatan kita di tahap yang optimum. =)

==========

Ingin dapatkan konsultasi kesihatan atau ingin dapatkan produk-produk Shaklee?

Whatsapp/Call/SMS
=======
Jaja@0129041044
Rakan sihat anda