Sunday 23 August 2015

40 Hari Abah Dalam Kenangan


40 Hari Abah Dalam Kenangan!

Semalam telah selesai kenduri 40 hari arwah abah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Telah 40 hari juga aku mengenang semua detik bersama hidupku dengan abah. Saat marahnya. Saat die menunjukkan kasih sayangnya. Saat die menyokong segala usaha aku dalam kerjayaku.

Abah..
sangat bermakna dalam hidupku. Seorang lelaki yang akan aku kenang segala susah payahnya membesarkan ku, memberikan didikan untukku dan sentiasa mendorong aku untuk menjadi yang terbaik.

Abah..
tidak pernah mengajarku membenci orang. Tidak pernah mengajarku membalas dendam.

Abah..
Seorang lelaki yang penyabar. Menelan segala caci maki orang dan sentiasa mengajar kami adik beradik agar sabar dalam menempuh kehidupan.

Abah..
Aku tak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir kala die menutup matanya. Saat aku jauh, abah pergi meninggalkanku..tapi mungkin itu yang terbaik untukku..agar aku lebih mengingati dia walaupun dalam keadaan sedih.

Kata-kata terakhir ku kepada abah sebelum aku pulang beraya di Kelantan (27 Ramadhan)

"Abah..eya minta ampun dan maaf atas semua kesilapan eya selama ini. Halalkan makan minum eya dan eya doakan semoga abah diberikan kesihatan yang baik. Supaya eya boleh jumpa abah lagi selepas hari raya"

Pada 29 Ramadhan..saat orang lain sibuk membuat persiapan aidilfitri..abah pergi buat selama-lamanya. Ya Allah, besar sungguh ujian dan dugaanMu terhadapku, hambaMu yang kerdil ini.

Belum puas rasanya diri ini menjagamu dan berbakti padamu, abah. Apa yang eya mampu beri pada abah kini hanyalah doa dan bacaan Yaseen setiap hari.

Tidak lupa juga Al-Fatihah Auni untuk atok setiap pagi!

Semoga abah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah untuk abah..

Allahyarham Ismail bin Tahir
31 Mei 1945 hingga 16 Julai 2015
~Kenangan bersama abah akan kekal selama-lamanya~


No comments:

Post a Comment