Friday 16 October 2015

1894: Kambing Golek Mesti Cuba!


Restoran 1894: Restoran yang menyediakan menu kambing golek mesti cuba!

Di mana lokasi kedai ini?

Kedai ini terletak di Jalan Meru. Kalau dari Kuala Selangor, kawan-kawan akan jumpa simpang 3 traffic light ke jalan kilang, terus sahaja dalam 100 meter kedainya berada di sebelah kiri jalan.


Ini adalah menu yang terdapat di kedai makan 1894. Menu utamanya dah tentu kambing bakar tetapi kedai ini menyediakan pelbagai jenis set dengan harga yang berbeza-beza.

Apa yang Jaja suka dengan kedai ini ialah harga air di kedainya sangat berpatutan dan bukan seperti sesetengah kedai yang menyediakan menu yang mahal, air juga dicaj dengan harga yang mahal.



Jelas sekali kambing yang digunakan adalah segar dari ladang. =) digolek dan dibakar terus setiap hari kedai itu dibuka.

Jaja sempat bertanya habis ke seekor kambing setiap hari?

Jawapannya pekerjanya di situ memang habis. Itu tandanya memang ummpphhhhh la kan kambing goleknya.



Ini menu kambing bakar Jalan Tap. Hidangan kambing bakar bersama sup kambing dan nasi. 

Yang sedapnya menu ini bagi Jaja ialah black pepper sosnya yang terasa yummehhhh, hingga menjilat sudu. ><



Harga untuk satu set ini adalah Rm15. Portionnya memang agak besar. Boleh makan 2 orang. Dan jika anda tidak mahu makan dengan nasi, bahagian nasi boleh di tukar dengan wedges. =)

Selain menu ini malam itu, Jaja juga ada order set wedges. Tak ssmpat nak snap pic sebab anak dah meragam. Yang penting Jaja nak beritahu, dengan harga RM5, set wedges kedai ini hadir dengan portion yang besar. Memang berbaloi belikan untuk anak-anak.



Suasana dalam kedainya juga menarik, bersih dan selesa. 


Dari tepi jalan kedainya jelas kelihatan signboard 1894 dan terang dengan lampu-lampu dari dalam kedainya.



Tepi jalan di kedainya pula ada digantungkan signboard ini pula.

Jaja bagi 10/10 untuk makanan yang sedap dan 10/10 juga untuk service yang sangat cepat dan baik.

Selamat mencuba untuk kawan-kawan ye. =)

Sup kambingnya juga macam sedap. Mesti cuba selepas ini. 
><

No comments:

Post a Comment