Thursday 3 September 2015

Shaklee Effect #1: Susu Meriah Selepas Berpantang Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan selamat petang kawan!

Hari ni Jaja balik awal dari Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru Prinsip Perakaunan. Ada sedikit masa ni Jaja manfaatkan untuk berkongsi pengalaman Jaja sendiri di blog ini. Sekejap lagi nak keluar semula untuk ambil anak-anak.

Jaja nak kongsikan Shaklee Effect #1 Jaja selepas berpantang dengan Shaklee.

Supplement Shaklee untuk ibu-ibu menyusu
Semasa berpantang anak ketiga, Jaja consume Set Berpantang & Menyusu Shaklee;

  • ESP 
  • Alfafa Complex
  • Vita-Lea
  • B-Complex
  • Vitamin C Sustained Release
  • Ostematrix
  • Zinc
Daripada banyak-banyak produk di atas, Jaja memang disiplin dengan 3 produk di bawah. Apakah yang membuatkan Jaja jatuh cinta sangat dengan set ini ialah;

  • ESP - membantu Jaja lebih kenyang dan sentiasa kenyang walaupun menyusukan anak kecil dengan kerap. Selain daripada diri sendiri yang kenyang, yang Jaja perasan juga ialah Aisyah (anak ketiga) juga kenyang dan mendapat tidur yang lena di waktu malam. Ini mengurangkan kekerapan Aisyah bangun dan Jaja juga dapat berehat dengan cukup di waktu malam.
  • Alfafa Complex - Membantu Jaja menghasilkan susu yang banyak dan sangat-sangat produktif. Lihatlah gambar yang Jaja attach bersama. Itu adalah stok EBM Aisyah sepanjang Jaja cuti bersalin. Alhamdulillah, Jaja dapat teruskan sehingga Aisyah berusia 8 bulan. Alfafa Complex ini memang dikenali sebagai 'milk booster'.


  • Vita-Lea - Vita-Lea ni dah macam tonik ajaib untuk Jaja sebab dengan sebiji pil Vita-Lea ini dapat membantu Jaja kekal cergas sepanjang waktu berpantang. Bukan Aisyah seorang sahaja yang perlu Jaja jaga tetapi kakak Qila dan abg Arasy juga. Vita-Lea juga membantu tubuh badan kita kembali cergas selepas banyak kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ini kerana Vita-lea mengandungi vitamin dan garam mineral yang membantu menghasilkan sel darah merah.
Sepanjang tempoh berpantang Jaja memang sangat berdisiplin dalam pengambilan supplement ini kerana ia membantu Jaja lebih sihat untuk menguruskan anak. Maklumlah ketika itu Jaja telah pun berpantang sendiri.



Bukan itu sahaja, banyak lagi manfaat lain yang akan Jaja bongkarkan sepanjang berpantang dan menyusu dengan Shaklee ini demi berkongsi kebaikan dengan rakan-rakan di luar sana.

Kepada rakan-rakan di luar sana yang sedang-sedang mencari supplement yang sesuai untuk menyusu, Jaja memang suggest sangat Set Berpantang & Menyusu Shaklee ini. Bukan sahaja susu meriah tetapi bentuk badan kembali langsing.

Nak tahu bagaimana? >> Klik di sini untuk rahsia penting itu! =)

Banyak lagi yang Jaja ingin kongsikan dengan kawan-kawan semua. Tunggu ye, nanti Jaja kembali dengan #ShakleeEffect yang seterusnya.

Salam Sayang,
<<Jaja>>

4 comments:

  1. Tengok susu 'meriah' macam ni, hati jadi berbunga-bunga lain macam! ��

    ReplyDelete
  2. Semangat berkongsi agar semua yang diluar sana pun tahu mereka mempunyai peluang yg sama seperti kita. Yang penting jangan putus asa

    ReplyDelete
  3. Seronok tengok susu meriah mcm ni. Memang terbaikk la :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...rezeki baby jaja...
    menyusu itu sunnah, menyusu itu syariah.
    support breastfeeding! :)

    ReplyDelete