Showing posts with label VITALEA. Show all posts
Showing posts with label VITALEA. Show all posts

Saturday, 20 January 2018

Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Jatuh Cinta Dengan Shaklee 💕

Set Kesihatan Asas Shaklee

Bila kali pertama Cikgu Jaja kenal Shaklee?
Cikgu Jaja kenal Shaklee pada tahun 2011 masa menyusukan Auni. Harapan untuk fully breast feed nampak seakan hampir musnah bila Auni kena admit di hospital 4 hari sebab selsema. Masa tu dia baru 7 bulan.

Hidungnya tersumbat sampai dia takde rasa nak menyusu. 😢

Dengan ilmu penyusuan yang kurang, susu yang mulanya meriah makin lama makin drop. Mulalah stress pun bertandang. 😅

Tapi tak lama. Bila Cikgu Jaja masuk kerja semula, kawan kenalkan Shaklee. Cikgu Jaja google je dan terus jumpa dengan pengedar yang jual trial pack (masa tu ada lagi. Sekarang takde dah)

Alhamdulillah. Daripada 2 oz susu sekali pump, semakin hari semakin banyak semula. 😍

Tapi Jaja consume tak lama sebab takde kesedaran lagi tentang kesihatan. Memang fokus pada masalah. Selesai masalah terus babai 😂

Tak sangka berjodoh semula dengan Shaklee pada tahun 2012 bila Cikgu Jaja ada masalah HB rendah masa mengandungkan Arasy. Nampak sepupu jual Shaklee dan beli Set Hamil dengan dia. Full set. Beratus juga habis masa tu. 😆

Nampak tak?
Ada masalah je carik Shaklee.
Selesai masalah? Tinggal lagi tak? 😃

Kali ni tak tinggal dah sebab Cikgu Jaja betul-betul jatuh cinta kat Shaklee 💕

Terutama sekali kat VitaLea dan ESP yang sangat membantu memberi tenaga kat Cikgu Jaja yang tengah berbadan dua masa tu.

Setiap pagi Cikgu Jaja tak pernah miss shake ESP dengan milo atau jus masa tu. Selepas sarapan pulak mesti amik 1 biji VitaLea.

Tenaga memang luar biasa. Jarang letih kat tempat kerja. HB pun semakin baik walau tak tinggi macam orang lain. Tapi cukuplah untuk elakkan Cikgu Jaja dari kena cucuk menatang apa tah nama tu 😅

Kawan selalu tegur. Makan apa ko punya tenaga begini sekali? 😇

Sepanjang mengandung takde masalah lain dah. Syukur kepada Allah yang  permudahkan urusan Cikgu Jaja.
Masuk pulak part bersalinkan Arasy, memang amazing moment bila Cikgu Jaja lahirkan dia tanpa jahitan langsung 🙊

Rupa-rupanya protein ESP tu membantu otot-otot kita lebih elastik dan mudah bersalin.😍 Takdelah masalah nak ke toilet pulak masa dalam pantang 😉. 

Best sangat!😍

Bertambah-tambah cinta Cikgu Jaja pada produk semulajadi ni masa berpantang sebab Cikgu Jaja berpantang sepenuhnya dengan Shaklee 😊

Cikgu Sains di sekolah dulu pernah kata. Kita ni kalau berpantang ikut cara orang lama, memang semua tak boleh makan. Ayam tak boleh makan. Habis macam mana luka nak cepat sembuh sebab kita perlukan protein juga.

So Cikgu Jaja pilih protein ESP bagi menggantikan ayam. 😊

Apa yang berlaku masa pantang?
Mak pun tak terkata bila tengok Cikgu Jaja cergas je. Tak letih pun waktu siang walaupun malam bangun menyusukan anak. Luka pun cepat sembuh. Kebetulan juga Arasy tak kena kuning. So, Jaja berpantang dengan aman sekali 😍

Zaman berpantang dah berlalu. Zaman menyusu pun dah berlalu. Tapi Cikgu Jaja tetap ambil VitaLea setiap hari untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. 

Supermom la katakan 🤣

Kalau tanya Jaja, apa supplement yang sesuai untuk diamalkan setiap hari?

Jawapannya ialah VitaLea dan ESP 😍


#SaatAkuJatuhCintaShaklee
#Maestro #MLG

Untuk info & Order:
Norliza Ismail
Whatsapp 🔛 Cikgu Jaja
FB: Norliza Ismail
Page: Kedai Vitamin Tanjong Karang

Monday, 12 June 2017

TESTIMONI SET MENYUSU DAN KURUS DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum 😊

Salam Ramadhan ke18. 🌷
Pagi ni Jaja nak share testimoni Set Menyusu Shaklee dan sekaligus kurus dengan Shaklee. 😉

Master Nadiah berjaya kurus dengan Set Menyusu Shaklee

Master Nadiah berumur 31 tahun. Mempunyai 3 orang anak dan masih menyusukan anak ketiga yang berusia 2 tahun. Alhamdulillah. 😊

Apa yang membuatkan kami rasa wow sangat bila dia berjaya menurunkan berat badan dari 70kg ke 51kg. Nad cerita bukan senang jugak dia nak turunkan berat badan. Ada masa berat dia statik tapi dia tetap konsisten makan set menyusu dan ditambah dengan Omega Guard dan Lecithin.

Berat Nad kalau mengandung tak sah kalau tak naik sampai 15kg. Sesuatu yang normal berlaku kepada ibu-ibu mengandung. Memang kena gigih usaha untuk dapatkan berat badan asal.

Apa yang Nad consume untuk menyusu?


Nad consume Premiun Set untuk bersalin dan menyusu yang terdiri daripada;

🌷 VitaLea - multivitamin Shaklee yang mengandungi lebih 19 jenis garam mineral untuk memberikan tenaga tambahan serta membantu meningkatkan kandungan sel darah merah.

🌷 B Complex - mengurangkan stress dan rasa letih badan disebabkan oleh anak kecil yang kerap bangun malam.

🌷 Vitamin C - tinggi anti-oksidan dan membantu meningkatkan anti-bodi badan.

🌷 Ostematrix - membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan. Lengkap Mengandungi Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan yang optimum.

🌷 Alfafa Complex - menjadi milk-booster dan ejen detox darah secara menyeluruh

🌷 ESP - membantu susu ibu lebih bernutrisi dan anak rasa kenyang yang lebih lama. Ibu menyusu juga akan rasa kenyang yang lama dan dapat mengawal selera makan.

Selain daripada set menyusu ini, Nad menambah Omega Guard dan Lecithin ke dalam makanan tambahan harian beliau untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Omega Guard @ 90 biji

🔜 Omega Guard berfungsi untuk membakar lemak dengan lebih cepat berbanding Lecithin. Selain untuk membakar lemak, Omega Guard juga baik untuk kesihatan jantung dan menjaga kolesterol di dalam darah.

Set Kurus Budget

🔜 Lecithin berfungsi untuk memecahkan atau menguraikan lemak kepada molekul yang lebih kecil. Apabila molekul lemak lebih kecil, ia lebih mudah dibakar dan ditukarkan kepada tenaga dengan lebih mudah. Bukan itu sahaja, Lecithin juga membantu dalam mengawal kolesterol jahat yang terdapat dalam tubuh badan.

Tengok gambar Nad ni membuatkan Jaja pun nak konsisten semula mengambil Omega Guard dan Lecithin.😅 Mana boleh jadi bila tengok Nad kurus sorang-sorang kan? 😉

Jom siapa-siapa yang nak join Jaja 😊

Dapatkan konsultasi kesihatan percuma dari 👇👇
==========
Pakar Shaklee anda 🍀
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
🔛 www.wasap.my/60129041044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
🚗 COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
📦 Pengeposan Seluruh Malaysia

**Harga LEBIH JIMAT selepas anda MENDAFTAR sebagai ahli.

Monday, 5 June 2017

KENALI SHAKLEE, CINTAI SHAKLEE [PART 1]

Tumbuh angsana di pinggir kali,
Daunan luruh dari pepohon,
Ada apa dengan Shaklee,
Kekal utuh bertahun-tahun.


Phewwiittttt..Dayang bukak gelanggang malam tadi dengan pantun lagi. 😊Kelas KENALI SHAKLEE DAN CINTAI SHAKLEE malam tadi handle by Dayang Islinda.
Kelas malam jadi kelas subuh hari ni sebab semalam travel balik dr Kelantan.😁 Pagi-pagi dah dengar sharing dari Dayang tentang sejarah Shaklee. Seronok, bangga sebab rasa terpilih untuk bersama-sama Shakkee, terharu dengan kekuatan dan sifat positif Dr. Forest C. Shaklee, dan semua ni terkena tempiasnya pada kami semua.
Tak kenal maka tak cinta! 😍
Dah kenal jatuh cinta berkali-kali.😉😉

Dr. Forrest C. Shaklee

Kenali Shaklee
====
🌷 Dr. Forest C. Shaklee dilahirkan pada tahun 1894 di Amerika Syarikat dengan penyakit TIBI yang dikatakan hanya boleh hidup selama 8 tahun. 

🌷 Tapi maknya sangat yakin Dr. Shaklee boleh sembuh dengan berpindah dari tempat kelahiran dia ke Utara Iowa yang mempunyai persekitaran dan udara yang bersih. 
🌷 Dengan hanya pemakanan yang sihat dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan, Dr. Shaklee kembali sihat dan sembuh sepenuhnya.
🌷 Dari situ Dr. Shaklee mendalami ilmu nutrisi dan menghasilkan Vitalis Mineral pada tahun 1915 yang sekarang dikenali sebagai VitaLea. Berapa umur VitaLea? Dah 102 tahun korang 😍😍 dan merupakan multivitamin pertama dan tertua di dunia.

VitaLea dalam bentuk cecair

🌷 Pada tahun 1921, sekali lagi Dr. Forrest disahkan menghidap kanser kesan daripada radiasi. Beliau merupakan seorang doktor tulang dan terlibat dengan X-Ray yang menyebabkan beliau terkena radiasi.
🌷 Pada tahun 1922, beliau pulih sepenuhnya dengan memilih nutrisi yang sihat melalui pemakanan sayur dan buah-buahan.
🌷 Sejak itu Dr. Forrest memilih untuk fokus bina tubuh badan yang sihat berbanding mengubati orang yang sakit.

🌷 Dalam tempoh 15 tahun, Shaklee berkembang daripada 1 produk kepada 5 produk termasuklah Soy Protein dan Herb Lax.
🌷 Pada tahun 1971, beliau menubuhkan research centre untuk menjalankan ujian klinikal dan membuat pembangunan produk kesihatan untuk semua orang.
🌷 Pada tahun 1977, Shaklee Coorporation tersenarai dalam Bursa Saham New York
🌷 Cawangan pertama Shaklee adalah di Jepun dan terus disebsrluaskan kepada 9 buah negara selepas itu sehingga kini.


Banyak lagi tentang Shaklee yang korang perlu tahu.😊
Jaja akan sambung nanti ye 😉

Salam sayang 🌷
Cikgu Jaja

Monday, 4 January 2016

Vita-Lea Iron Formula: Untuk Kecergasan Anda Sepanjang Hari



Asal - usul perkataan vitamin.

Vita-lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral pertama dicipta didunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min” dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari shaklee.

PERBEZAAN MULTIVITAMIN SHAKLEE

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung dalam di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.



MANFAAT UTAMA VITA-LEA IRON FORMULA
♦ Penambahan tenaga segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja harian.
♦ Pelengkap nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang,terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.
♦ Keupayaan sistem produktif – penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
♦ Metabolisme – sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
♦ Elemen penting pada sel tubuh – menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.
♦ Melindungi organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

FAKTA NUTRISI DI DALAM VITALEA

√  Vitamin A: Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
√  Vitamin E: Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancarkan sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem reproduktif lelaki dan mengurangkan kesan parut.
√  Asid folik: kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung, dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit.
√  Vitamin B2: Menukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut serta kekejangan.
√  Biotin: membantu B Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
√  Kalsium: Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis
√  Zat besi: Membentuk hemoglobin, meredakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan anemia
√  Magnesium: Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
√  Copper: Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang dan masalah kebengkakan
√  Zinc: Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik deria rasa dan bau serta ketajaman minda.

Untuk order dan konsultasi percuma:
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
Pengeposan Seluruh Malaysia


Thursday, 3 September 2015

Shaklee Effect #1: Susu Meriah Selepas Berpantang Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan selamat petang kawan!

Hari ni Jaja balik awal dari Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru Prinsip Perakaunan. Ada sedikit masa ni Jaja manfaatkan untuk berkongsi pengalaman Jaja sendiri di blog ini. Sekejap lagi nak keluar semula untuk ambil anak-anak.

Jaja nak kongsikan Shaklee Effect #1 Jaja selepas berpantang dengan Shaklee.

Supplement Shaklee untuk ibu-ibu menyusu
Semasa berpantang anak ketiga, Jaja consume Set Berpantang & Menyusu Shaklee;

  • ESP 
  • Alfafa Complex
  • Vita-Lea
  • B-Complex
  • Vitamin C Sustained Release
  • Ostematrix
  • Zinc
Daripada banyak-banyak produk di atas, Jaja memang disiplin dengan 3 produk di bawah. Apakah yang membuatkan Jaja jatuh cinta sangat dengan set ini ialah;

  • ESP - membantu Jaja lebih kenyang dan sentiasa kenyang walaupun menyusukan anak kecil dengan kerap. Selain daripada diri sendiri yang kenyang, yang Jaja perasan juga ialah Aisyah (anak ketiga) juga kenyang dan mendapat tidur yang lena di waktu malam. Ini mengurangkan kekerapan Aisyah bangun dan Jaja juga dapat berehat dengan cukup di waktu malam.
  • Alfafa Complex - Membantu Jaja menghasilkan susu yang banyak dan sangat-sangat produktif. Lihatlah gambar yang Jaja attach bersama. Itu adalah stok EBM Aisyah sepanjang Jaja cuti bersalin. Alhamdulillah, Jaja dapat teruskan sehingga Aisyah berusia 8 bulan. Alfafa Complex ini memang dikenali sebagai 'milk booster'.


  • Vita-Lea - Vita-Lea ni dah macam tonik ajaib untuk Jaja sebab dengan sebiji pil Vita-Lea ini dapat membantu Jaja kekal cergas sepanjang waktu berpantang. Bukan Aisyah seorang sahaja yang perlu Jaja jaga tetapi kakak Qila dan abg Arasy juga. Vita-Lea juga membantu tubuh badan kita kembali cergas selepas banyak kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ini kerana Vita-lea mengandungi vitamin dan garam mineral yang membantu menghasilkan sel darah merah.
Sepanjang tempoh berpantang Jaja memang sangat berdisiplin dalam pengambilan supplement ini kerana ia membantu Jaja lebih sihat untuk menguruskan anak. Maklumlah ketika itu Jaja telah pun berpantang sendiri.



Bukan itu sahaja, banyak lagi manfaat lain yang akan Jaja bongkarkan sepanjang berpantang dan menyusu dengan Shaklee ini demi berkongsi kebaikan dengan rakan-rakan di luar sana.

Kepada rakan-rakan di luar sana yang sedang-sedang mencari supplement yang sesuai untuk menyusu, Jaja memang suggest sangat Set Berpantang & Menyusu Shaklee ini. Bukan sahaja susu meriah tetapi bentuk badan kembali langsing.

Nak tahu bagaimana? >> Klik di sini untuk rahsia penting itu! =)

Banyak lagi yang Jaja ingin kongsikan dengan kawan-kawan semua. Tunggu ye, nanti Jaja kembali dengan #ShakleeEffect yang seterusnya.

Salam Sayang,
<<Jaja>>