Thursday 31 December 2015

Selamat Datang 2016


Selamat datang 2016. Selamat tinggal 2015.

Azam baru Cikgu Jaja?

Takde! Tapi Vision Board baru ada la. Hihi. Nnt kita share ye.

Apa pun tiada apa yang Cikgu Jaja harapkan untuk tahun 2016 ini melainkan mengharap limpah rezeki dari Allah s.w.t untuk Cikgu Jaja dan keluarga serta seluruh umat Islam di dunia ini.

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah.

Selamat tinggal 2015. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi peluang kepada Cikgu Jaja untuk menikmati kehidupan yang baik bersama orang-orang tersayang. Terima kasih Allah atas segala rezeiki yang telah Engkau berikan.

Selamat datang 2016. Semoga tahun ini Cikgu Jaja dapat memberikan yang lebih baik dari tahun lepas. Dapat memperbaiki amalan serta mengutamakan akhirat berbanding dunia.

Semoga kita semua kuat dan bersedia mengjadapi tahun yang lebih mencabar.

With love,
Cikgu Jaja
1.1.2016
4.50 pagi

PROMO JANUARI 2016; Mesti Suka, Muka Pun Ada Senyum


Selamat datang tahun 2016!

Selamat kembali PROMO SHAKLEE. =)

Shaklee always offer the best!

Bulan Januari ni Shaklee offer;

1. Vivix 《Beli 6 Percuma 1》

2. Zinc Complex 《Beli 3 Percuma 1》

3. Vita Lea Kids 《Beli 3 Percuma 1》

Yang nak GRAB promo ni boleh contact Cikgu Jaja ye.

 Untuk order dan konsultasi percuma:
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
Pengeposan Seluruh Malaysia



Monday 28 December 2015

Kenapa Perlu Menjadi Ahli Shaklee?

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1. Membeli dengan harga ahli

- PENJIMATAN 15%-20% dari harga runcit.
- Setiap pembelian produk ada points (UV).

2. Sistem online yang boleh diakses 24 jam!

Login menggunakan ID anda di website www.shaklee2u.com.my untuk

- Membuat belian
- Mendaftar ahli baru di bawah anda
- Check points (UV) semasa anda
- Check BONUS anda

Semuanya di hujung jari!

3. Keahlian seumur hidup bersama pasangan

Keahlian seumur hidup. Tidak perlu renew setiap tahun.
Satu ID untuk suami dan isteri :)


JIKA TIDAK MAHU BERNIAGA (MAHU MAKAN SENDIRI)

1. Anda layak dapat cashback (bonus) jika melebihi 150 points (UV) sebelum 1 haribulan berikutnya. Lebih kurang RM480 belian. Cashback (bonus) tersebut akan dimasukkan terus ke akaun bank anda!

2. Anda TIDAK wajib membuat belian setiap bulan. Tiada paksaan!


JIKA MAHU MENJANA INCOME 2-3-4-5 ANGKA DENGAN BISNES SHAKLEE

1. Anda boleh bermula bila-bila masa!

2. Sistem dropship - TANPA modal

Tak perlu melabur ribuan ringgit! Tak wajib ada stok di tangan. Apabila customer bayar pada anda, barulah anda beli di online system. Shaklee boleh poskan terus kepada customer. Sangat mudah!

3. Anda layak grab peluang 3C yang ditawarkan oleh Shaklee - CASH, CAR, dan CONVENTION!

4. Training oleh pihak Shaklee disediakan setiap minggu yang disampaikan oleh NUTRITIONIST (pakar Nutrisi) Shaklee! (Shaklee bukan calang-calang produk :))


MENGAPA BERDAFTAR DENGAN KAMI?

1. Anda layak mendapat guide dari kami:

- Secara ONLINE (Facebook groups, Whatsapp, dan Telegram)

Facebook secret groups:

- My Shaklee Star (di bawah saya, Norliza Ismail)
- Our Shaklee Gold (di bawah Supervisor Noor Afiffah Baharuddin)
- My Shaklee Empire (di bawah Master Nadiah Suhaidi)

Support group di Facebook untuk yang berdaftar dengan kami - group My Shaklee Empire

Support group di Facebook untuk para Bloggers dari group kami

- Secara OFFLINE

Kami telah melahirkan ramai jutawan dan DERMAWAN Shaklee! Anda tidak keseorangan!

2. Syarikat Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Kami berdaftar dengan SSM dengan nama Mekar Legacy Resources (SA0328996-W)

=====♡♡♡=====

Untuk jadi ahli Shaklee ada 2 pilihan:


1. BERBAYAR


Registration fee RM 68.90.
Anda akan dapat Member Kit yang mengandungi:


- Buku Product Info
- Business Manual
- Price List
- Opportunity Kit

All about ilmu :)


2. FREE MEMBERSHIP (KEAHLIAN PERCUMA)

Beli mana-mana produk Shaklee pilihan anda berharga sekitar RM 680 untuk mendapatkan Keahlian Percuma!

Anda akan dapat Member Kit yang mengandungi:

Buku Product Info
Business Manual
Price List
Opportunity Kit

Saya akan uruskan registration anda secara online.


MAHU JADI SEBAHAGIAN DARI KAMI?

Hubungi kami di 012-904 1044 (Whatsapp) Norliza. InshaAllah kami akan membantu :)

Manfaat Utama Shaklee Collagen Powder

Kebaikan Kolagen

Manfaat Utama Shaklee Collagen Powder
=============

♡ Tampak lebih muda♡

● Kolagen juga bermanfaat dalam membantu MENGUATKAN RAMBUT dan merangsang pertumbuhan semula

● Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat

● Kulit akan KURANG KERING elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan SEMBUH DENGAN CEPAT dan ini akan membantu mengurangkan parut.

● Membantu menghilangkan tanda penuaan. Dalam kes saya, tanda penuaan dibelakang tangan saya telah hampir hilang.

♡ Rasa lebih muda♡

● Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan menjadi rapuh.

● Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.

● Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.

● Mempastikan otak sentiasa sihat. Sel gyla membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik apabila anda semakin menua.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
 Untuk order dan konsultasi percuma:
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
Pengeposan Seluruh Malaysia

Saturday 26 December 2015

Keuntungan Emas Berlipat Ganda

Emas dijadikan mahar dalam majlis perkahwinan

Harga yang stabil
------------------
Emas adalah satu komoditi yang mempunyai harga yang stabil. Semakin lama emas itu disimpan, harga semakin naik. Rugilah kita jika tidak ambil kesempatan daripada sekarang untuk mengumpul emas.

Jom kita tengok siapa antara mereka yang telah untung berlipat ganda dengan emas.
-------------------

 ๐Ÿ’Salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa pada 31 Ogos 2000.
.
๐Ÿ’Mas kahwin mereka ialah 13 dinar [nilai 1 dinar pada masa itu (tahun 2000) hanya RM153.00]. Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.
.
๐Ÿ’Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.
Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana 'ingin kembali kepada tradisi Islam.'
(petikan dr utusan online arkib 03/09/2000)
.
๐Ÿ“ŸMari buat pengiraan sedikit :
.
Sept 2000 nilai 1Dinar=RM153
Nov 2015 nilai 1Dinar=RM781
.
Sept 2000, 13 Dinar × RM153 = RM1,989
.
Nov 2015, 13 Dinar × RM781 = RM10,153
.
๐Ÿ’ฏPeratusan keuntungan, 10153/1989 × 100 = 512%!!! ๐Ÿ“Œ
.
๐Ÿ’ธJika anda menyimpan duit sebanyak RM2000 pada tahun 2000 adakah nilainya akan meningkat? Fikirkan. Berminat? Boleh whatsapp saya
.
Masih belum terlambat untuk memulakan langkah menyimpan emas. Jom anak muda pakat pakat simpan emas...
.
✔Kita buat DINAR sbg MAS KAHWIN

---------------------

Whatsapp/SMS/Call
Cikgu Jaja @ 0129041044
#powergoldisohsemm
#beliemasdapatemas

Set Kurus Budget: 6 Biji Lecithin Setiap Hari

Testimonial kurus selepas amalkan Lecithin

Siapa yang tak ingin kurus?

Perempuan dan kecantikan serta tubuh badan yang langsing memang tidak dapat dipisahkan. Sebab tu kalau kawan tegur sikit pipi nampak tembam, kita dah malu tak keluar rumah berbulan-bulan.

Kalau tak keluar rumah tu kita jaga makan takpe juga kan. Tapi tidak juga. Hihi. Makan bertambah-tambah juga. Junk food penuh dalam kabinet. Macam mana nak kurus ye dak?

So di sini Jaja nak kongsikan dengan anda semua satu SET KURUS BUDGET yang tahan lama dan mampu dimiliki oleh anda semua.


Set Penjagaan Berat Badan
============

Sekarang ni Jaja dah aktifkan diri semula ke gym. Tujuannya untuk mehdapatkan berat badan yang ideal dan fitness sebelum musim persekolahan 2016 bermula.

Dalam masa yang sama, Jaja mengambil ENERGIZING SOY PROTEIN, LECITHIN & ALFAFA untuk pastikan Jaja mendapat berat badan yang diidamkan. (Nak turunkan sikit berat badan ni. Dah rasa chubby terlampau pula)

Bagaimana set ini membantu?
============

● ESP - Menjadi sarapan segera untuk Jaja diawal pagi sebelum memulakan aktiviti. Selain itu ESP membantu kita membina semula otot yang telah menggelebeh disebabkan berat badan yang telah berkurang. ESP merupakan makanan tambahan yang tinggi protein yang mana ia diperlukan untuk membina sel-sel tisu kita yang sihat.

● Lecithin - Membantu memecahkan lemak dan mengemulsi lemak agar tidak menempel di saluran darah kita. Bila Lecithin memecahkan lemak-lemak kita, kita tak perlu makan banyak sebab lemak yang pecah tadi telah menjadi tenaga yang kita perlukan.

● Alfafa Complex - Selepas lemak-lemak kita telah terbakar, Alfafa akan bertindak membuang asid-asid dalam badan dan mencuci usus kita supaya lebih bersih. Usus yang dilapisi terlalu banyak lemak dan asid akan menghalang penyerapan zat yang kita makan. So, untuk kurus, pastikan usus kita bersih.

Ingin set yang budget lagi?
============

Anda boleh ambil Lecithin dan Alfafa Complex untuk teruskan impian anda. Pasti boleh!

6 biji Lecithin untuk ucapkan selamat tinggal kepada perut buncit.
6 biji Lecithin setiap pagi bantu kempiskan perut dan turunkan berat badan


Jadi, jangan dibuang dahulu baju yang dah tak muat tu. Jadikan ia pembakar semangat untuk anda KURUS. =)

Pemakanan juga perlu dijaga. Macam Jaja, pengambilan makanan mengikut kalori adalah penting. Ingin tahu bagaimana? Nantikan perkongsian Jaja ye.

Ingin dapatkan konsultasi lanjut untuk kurus?

Ingin dapatkan konsultasi kesihatan percuma ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
==========
Pakar Shaklee anda ๐Ÿ€
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
๐Ÿ”› www.wasap.my/60129041044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
๐Ÿš— COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
๐Ÿ“ฆ Pengeposan Seluruh Malaysia

**Harga LEBIH JIMAT selepas anda MENDAFTAR sebagai ahli.

⬇⬇ Untuk membuat order sendiri menggunakan DEBIT CARD/KREDIT CARD boleh klik link di bawah ⬇⬇

Klik order di sini


Wednesday 23 December 2015

Testimonial Nutriferon & Vita C Chew: Chicken Pox Kurang Naik dan Cepat Kering

Chicken Pox kering dalam masa yang singkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah syukur ada Shaklee. Seminggu sebelum cuti sekolah yang lepas, anak Jaja dijangkiti Chicken Pox ataupun lebih dikenali demam cacar. Kemungkinan besar dia berjangkit semasa di sekolah.

Waktu bila bertih tu tumbuh pun Jaja tak perasan asalnya. Malam sebelum Jaja perasan tu memang dia ada kata badan dia panas. Jaja rasa takdelah panas sangat. Macam dedar-dedar saja orang panggil.

Keesokan paginya apabila nak mandikan dia, rupanya dah penuh belakang badan dan kakinya. Terkejut dan cemas juga waktu tu. Bawa ke klinik tetapi doktor cuma bagi ubat demam dan antibiotik. Ubat sapu pun doktor tak bagi sebab dia kata nanti budaknya comot. ><

Sebelum pergi klinik tu Jaja dah bagi minum air kelapa. Orang tua2 kata biar dia keluar semua. Balik dari klinik, bila tengok dah jarak lebih 2 jam Jaja pun cuba bagi NUTRIFERON dan VITA C CHEW kesukaan dia. Jaja memang dah lama elakkan antibiotik untuk anak-anak. Bukan apa, antibiotik ni kalau tak habiskan nanti lagi tak berkesan kepada budak-budak.

Jaja bagi 1/3 Nutriferon kat Auni. Selebihnya bagi kat Arasy dan Aisyah. Vita C Chew pula Jaja bagi 3 biji sehari.

Alhamdulillah, hari ketiga dia kena tu nampak bertih cacar yang berair tu kemerahan dan mengecut. Auni pun tak demam. So, Jaja on je Nutriferon dan Vita C tu untuk dia selama seminggu. Dalam tempoh tu cacar dia semakin berkurang tetapi Auni jadi gatal-gatal pula. Mungkin sebab cacarnya nak mengering. Time ni lah Jaja sapukan cream HERBAL BLEND kat seluruh tempat yang dah kering.

Alhamdulillah, sepanjang Auni kena demam cacar ni apa yang Jaja nampak,

● Auni tak merengek sakit atau panas badan

● Auni tak demam

● Auni dapat tidur malam dengan lena

● Auni kekal aktif sepanjang hari

Selepas Auni kena, adik2nya pula kena. Alhamdulillah dengan Shaklee Jaja dapat tangani Chicken Pox dengan tenang.

 Untuk order dan konsultasi percuma:
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
Pengeposan Seluruh Malaysia

Salam Maulidur Rasal: Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W


Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

12 Rabiul Awal tiba lagi.  Sempena hari lahir kekasih kita, jom telusuri biodatanya agar ia sentiasa segar dalam ingatan kita,

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy

Agama :
• Islam

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi ุฃูˆู„ูˆุงู„ุนุฒู… [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W

|Rindukanmu Kekasih Allah| Cikgu Jaja|

Monday 21 December 2015

Kepimpinan Shaklee dan Sumbangan Shaklee Kepada Alam Sekitar


Diasaskan pada tahun 1956, Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang memperoleh pensijilan "Climate Neutral" dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan CO2- menghasilkan impak SIFAR ke atas alam sekitar.

Selama lebih LIMA DEKAD, Shaklee telah menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar.

Sejarah Perkembangan Shaklee Terhadap Alam Sekitar
====================

1960 - Memperkenalkan Basic-H iaitu bahan pencuci biodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama di dunia.

1989 - Shaklee memberi bantuan kewangan dan produk kepada satu ekspidisi trans-Antartika yang diketuai oleh Will Steger - individu pertama yang menjelajah Antartika dengan berjalan kaki dengan jaraknya merangkumi 3700 batu.

1989 - Shaklee dengan kerjasama American Himalayan Foundation telah menanam lebih daripada 1 juta pokok di Asia.

1990 - Shaklee menerima anugerah 'Family Circle's Green-Chip sebagai salah satu daripada 10 syarikat yang mesra alam sekitar.

1991 - Produk untuk kegunaan rumah digunakan dalam projek 'Biosphere 2 '

1996 - Produk Shaklee digunakan atas kapal Odyssey yang menjalankan penyelidikan dan pengumpulan data pemcemaran laut diseluruh dunia.

2000 - Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang memperoleh pensijilan CLIMATE NEUTRAL

2002 - Shaklee dianugerahkan "Climate Protection" oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat

2002 - Shaklee menerima anugerah "Environmental Stewardship" daripada Social Accountability International

2003 - Shaklee menyokong pembinaan sebuah turbin tenaga angin bagi Orang Asli Amerika

2003 - Shaklee membantu penukaran bas sekolah diesel di San Bernardio California kepada biodiesel

2005 - Menyokong usaha Dr. Wangari Mathai, Pemenang Nobel Peace 2004 ke atas projek beliau - Green Belt Movement

2007 - Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang mengimbangi pembebasan karbon iaitu kerjasama dengan sebuah organisasi yang dipelopori oleh Dr. Jeffrey D. Sachs

2007 - Shaklee dipilih oleh Healthy Child Healthy World untuk menjadi rakan kongsi ekslusif kepada penghasilan video bertajuk: Creating Healthy Environments For Children

2007 - Shaklee dipilih oleh pengeluar filem THE 11th HOUR (dokumentari alam sekitar yang dinaratakan oleh Leonardo DiCaprio) sebagai rakan kongsi pengeluar filem - merujuk kepada komitmen dan sumbangan Shaklee sebagai peneraju alam sekitar.

Justeru itu, Shaklee telah menunjukkan kebolehan dan komitmen yang tinggi dalam memastikan kita hidup dalam keadaan yang lebih baik dengan rangkaian bahan dari semulajadi.

Shaklee; SENTIASA SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI =)

Shaklee Collagen Powder: Kolagen dari sisik Ikan Merah


Semakin tua semakin kurang kolagen
===========

Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur.

Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh badan kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain.

Justeru itu Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.


Apa itu kolagen?
======

Kolagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.



Kehilangan kolagen boleh menyebabkan:

● Rambut kering dan bercabang

● Pori besar, jeragat hitam dan bintik-bintik

● Kulit otot kendur dan hilang keanjalan

● Sakit sendi dan penuaan

● Penglihatan menjadi kabur, wujud lingkaran hitam dan sembap

● Penyakit gigi

● Payudara hilang keanjalan

● Organ dalaman kurang berfungsi

● Kuku mudah pecah dan kurang bersinar


Bila kolagen mula merosot?
==========

Kita selalu ingat kolagen mulai merosot apabila umur kita mencecah 40-an tetapi sebenarnya pada umur 20 tahun kolagen dalam tubuh badan kita semakin merosot dengan purata 1 hingga 4g sehari kolagen akan hilang dari tubuh badan kita.


Perbezaan Shaklee
=========

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah.


Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular sekitar 1000 Dalton yang amat mudah diserap oleh tubuh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Tujuh ramuan utama termasuk esktrak biji Camelia Japonica, kolagen ikan, esktrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Fungsi utama ramuan
===========

Kolagen dari sisik Ikan Merah - sisik Ikan Merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan

Ekstrak biji Camelia Japonica - biji Camelia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak Pfaffia - Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikut amaun air yang banyak, asid hyalunoric memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

Elastin dari kolagen ikan - elastin memelihara kulit menjadi fleksibal tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

Ekstrak kekerang - Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

Lactobacillus Acidophilus - membantu memgimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Pilihlah Shaklee Collagen Powder untuk TAMPAK LEBIH MUDA  dan RASA LEBIH MUDA. =)



Untuk order dan konsultasi percuma:
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
Pengeposan Seluruh Malaysia

Saturday 19 December 2015

Lecithin: Manfaat Utama dan Perbezaannya


Perbezaan Shaklee
=========
Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tidak tepu.

Manfaat Utama Lecithin
=======
● Menyerap vitamin yang larut lemak - membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.
● Melindungi hati - menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga memulihkan kesihatan hati.
● Pemecahan lemak dan kolesterol - lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.
● Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.



● Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan lagi metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
● Memperbaiki alergi - Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salurdarah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis dan demam alergi.
● Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolesterol, lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
● Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.
● Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan perederan darah.
● Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti levithin yang banyak.
● Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Cadangan Pengambilan sehari:
========
6 biji sehari. 3 biji selepas makan tengahari dan 3 biji selepas makan malam.

Untuk order dan konsultasi percuma:
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
Pengeposan Seluruh Malaysia


Saturday 5 December 2015

6 Tahun Menyulam Kasih



5 Disember 2009 - 5 Disember 2015

Alhamdulillah, genap 6 tahun sudah usi perkahwinan kami. Pelbagai dugaan dan ujian yang datang dariNya, kami dapat tempuh bersama.

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu atas kurnian kasih sayangMu kepada kami sekeluarga. Engkau hadirkan seorang suami yang hebat untukku dan seorang ayah yang baik kepada anak-anakku.

Engkau berikan kegembiraan kepada kami untuk senyum bersama. Engkau berikan kedukaan kepada kami untuk kami nangis bersama. Engkau juga datangkan ujian dan dugaan untuk kami tetap bersama.

Sesungguhnya masa mengajar kami erti kehidupan. Engkau anugerahkan kepada kami anak-anak yang baik Ya Allah. Anak-anak yang sentiasa membahagiakan kami Ya Allah. Moga kami sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.

Jadikanlah kami ibu dan ayah yang dapat membimbing anak-anak kami ke jalanMu Ya Allah. Dan jadikan kami anak yang membahagiakan kedua ibu bapa kami ya Allah.

Kami bersyukur Ya Allah di atas setiap pemberianMu Ya Allah.

Tahun pertama Auni meraikan Aidil Fitri

Auni pulang beraya di kampung Kelantan. Masa ni pipi bam bam sangat
Hentian Puncak Titiwangsa, tempat wajib berhenti bagi kami.
Bersama bujang ummi yang kadangkala jadi bujangan cikmi. ><
Ummi bersama kesayangan-kesayangan ummi. Aisyah, si manja ummi!


#syukurselalu

Al-fatihah untuk arwah abah dan semoga Engkau ampunkan dosa-dosa ayahku Ya Allah.

From Jeli with ♡
|JaJa|

Ketahui Bagaimana Lecithin Membantu Anda Kurus

Credit to Sis Wan Muliani yang kongsikan info tentang lecithin ini.

Lemak takkan hilang dari badan!
============
Ok. Ini bukan sis Wan Muliani sahaja yang tak tahu, Jaja pun tak tahu. **malu**
Tapi buat apa nak malu kan. Kita ni setiap hari belajar sesuatu yang baru dan tanggungjawab kita untuk menuntut ilmu.

Hari ni Jaja nak kongsikan dengan kawan-kawan semua tentang bagaimana lecithin membantu kita kurus melalui perkongsian Sis Wan Muliani ini di group Shaklee Golden Lounge. Jom kita tengok bagaimana.

**********
"Lemak tidak boleh dibakar.
Kalori sahaja yang boleh dibakar melalui senaman dan aktiviti harian.
Lemak perlu untuk badan.
Ia akan ditukar menjadi tenaga tetapi bila berlebihan ia akan berkumpul menjadi lemak yang tak perlu. Ini SCARY"
**********                                                                  - Wan Muliani-

Apabila berlebihan dan menjadi lemak yang tak perlu tu kita semua sedia maklum. Itulah punca kegemukan kita kan. Tambah pula tiada senaman dan aktiviti fizikal, maka lemak kita tidak terbakar. Yang ini Jaja setuju sangat!

**********
"Ok. Dah tu apa FUNGSI LECITHIN kalau lemak tidak boleh dibakar?

Rupanya lecithin BERFUNGSI untuk EMULSI lemak sahaja.

Lemak yang kita makan akan dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil, jadi mudahlah ia ditukarkan kepada TENAGA"
**********                                                                  - Wan Muliani-

Mengemulsi lemak tu maksudnya lecithin mengapungkan lemak supaya tidak melekat terus di dinding-dinding salur darah kita dan ini yang penting untuk kita tahu. 

Kita memerlukan TENAGA setiap hari untuk melakukan kerja. Kalau tak makan, kita tiada TENAGA. Tenaga kita pula terhasil daripada kalori yang kita makan setiap hari. 

Ramai yang beranggapan tenaga kita terhasil semata-mata daripada makanan yang kita ambil pada hari itu. Jika tidak makan, kita tidak ada tenaga. No..no..no.. kita boleh tukar tanggapan itu dengan ilmu ini.

Lecithin dan Herb Lax. Pasangan serasi bersama. =)


Lecithin membantu memecahkan lemak-lemak yang kita makan kepada molekul yang lebih kecil. Ini bukan bermakna lemak yang kita makan pada waktu itu sahaja tetapi lemak-lemak yang semalam dan kelmarin juga boleh dipecahkan.

Maka, jika kita tidak mengambil makanan yang banyak pada hari tersebut, ia tiada masalah kerana kita kekal bertenaga disebabkan lemak-lemak semalam. 
><

Itulah sebabnya coach kak Wan Muliani mencadangkan 

"Kalau nak kecikkan size baju, makan hanya 70% daripada keperluan kita setiap hari."

Kita ulang sekali lagi. Kalau tak makan, datang dari mana tenaga kita?

Dah tentu dari lemak yang dipecahkan oleh Lecithin! =)

Lecithin


Promo Disember
=======
Lecithin 《Beli 6 Percuma 1》

Dah faham sekarang? Kalau tak berapa nak faham lagi jom kita whatsapp2. Jaja akan berikan konsultasi PERCUMA dan menjadi RAKAN KURUS anda sepanjang anda memerlukan. =)

|Untuk info & Order|
Norliza Ismail
Rakan Shaklee Anda
Whatsapp|Call|SMS|012 904 1044
COD: TANJONG KARANG & KUALA SELANGOR


Friday 4 December 2015

Overnight Oat In Da House!

Overnight Oat


Overnight Oat: Kenyang dan Sihat
=============

Sejak-sejak tab dah bernyawa semula ni dapatlah Jaja on FB. Tengah-tengah scroll fb tu terjumpa pula orang dok share tentang overnight oat ni.

Jaja berminat sebab satu reason sahaja!

Oat ni baik untuk kesihatan jantung tapi Jaja susah nak telan if bancuh begitu sahaja. Bila ada kawan2 share cara paling mudah nak makan oat ni, so malam tadi Jaja dah prepare untuk di makan esok pagi.

Jom kita tengok apakah bahan2 nak buat overnight oat ni dan cara nak buat. Mudah sahaja kawan2. Tak perlu api tak perlu periuk segala bagai.

Apa yang kawan2 perlukan ialah;

Bahan-bahan Overnight Oat
============
Quacker oat
Yogurt
Fresh milk
Buah-buahan *yang ni ikut suka

Cara-cara menyediakan Overnight Oat
==============
1. Masukkan oat ke dalam bekas sebanyak 1/3 bekas tersebut. (Rujuk gambar no.2)

2. Masukkan yogurt *Jaja gunakan semua (Rujuk gambar no.3)

3. Tuangkan fresh milk sehingga memenuhi bekas (rujuk gambar 4)

4. Letakkan buah yang anda pilih *Jaja pilih yang masam2 (Rujuk gambar 5)

5. Akhir sekali gaulkan, tutup dan simpan di chiller.

6. Esok pagi bangun dan siap untuk di makan. =)

Senangkan? So, tunggu apa lagi sebab Overnight Oat ini mengandungi pelbagai khasiat dan yang pasti disediakan sendiri oleh kita. Terjamin kebersihannya serta mudah disediakan.

Selamat mencuba! =)

With ♡ Jaja

Promo Disember: Penghujung Tahun Yang Hebat


Alhamdulillah, promo datang lagi. Shaklee tidak jemu memberi. Jaja juga tidak akan pernah jemu berkongsi.

Promo Disember 2105
===================

1. Lecithin 《Beli 6 Percuma 1》
2. Collagen Powder 《 Beli 6 Percuma 1》
3. VitaLea Kids 《 Beli 3 Percuma 1》

Daftar KEAHLIAN SHAKLEE sekarang dengan hanya RM78 seumur hidup dan anda akan menikmati pelbagai lagi keistimewaan dari Shaklee.

Hubungi Jaja
===========
Whatsapp/SMS/Call@012 904 1044

☆ Konsultasi percuma 24/7