Friday 4 December 2015

Overnight Oat In Da House!

Overnight Oat


Overnight Oat: Kenyang dan Sihat
=============

Sejak-sejak tab dah bernyawa semula ni dapatlah Jaja on FB. Tengah-tengah scroll fb tu terjumpa pula orang dok share tentang overnight oat ni.

Jaja berminat sebab satu reason sahaja!

Oat ni baik untuk kesihatan jantung tapi Jaja susah nak telan if bancuh begitu sahaja. Bila ada kawan2 share cara paling mudah nak makan oat ni, so malam tadi Jaja dah prepare untuk di makan esok pagi.

Jom kita tengok apakah bahan2 nak buat overnight oat ni dan cara nak buat. Mudah sahaja kawan2. Tak perlu api tak perlu periuk segala bagai.

Apa yang kawan2 perlukan ialah;

Bahan-bahan Overnight Oat
============
Quacker oat
Yogurt
Fresh milk
Buah-buahan *yang ni ikut suka

Cara-cara menyediakan Overnight Oat
==============
1. Masukkan oat ke dalam bekas sebanyak 1/3 bekas tersebut. (Rujuk gambar no.2)

2. Masukkan yogurt *Jaja gunakan semua (Rujuk gambar no.3)

3. Tuangkan fresh milk sehingga memenuhi bekas (rujuk gambar 4)

4. Letakkan buah yang anda pilih *Jaja pilih yang masam2 (Rujuk gambar 5)

5. Akhir sekali gaulkan, tutup dan simpan di chiller.

6. Esok pagi bangun dan siap untuk di makan. =)

Senangkan? So, tunggu apa lagi sebab Overnight Oat ini mengandungi pelbagai khasiat dan yang pasti disediakan sendiri oleh kita. Terjamin kebersihannya serta mudah disediakan.

Selamat mencuba! =)

With ♡ Jaja

No comments:

Post a Comment