Monday 29 January 2018

Hasil Sebulan Detox Shaklee

Sama tapi tak serupa 😉

Selepas sebulan detox

Gambar sebelum tu bulan 11. Pertama kali jumpa Master Nadiah Suhaidi untuk menuntut ilmu lutut bertemu lutut. 😂

Tengok gambar pun tahu. Chubby betul Cikgu Jaja masa tu. Orang kata bahagia. Tapi sebenarnya stress 😅

20 Dis 2017 Cikgu Jaja start detox. Jaga makan. Suku-suku separuh. Follow detox Shaklee dan consume Set Basic Detox, Alfafa dan Herb Lax.

Set Basic Detox

Full set Detox


Alhamdulillah. Selepas sebulan berjaya turunkan berat badan yang berlebihan tu sebanyak 4.5kg.❤️

Seronok tak terkata! 😍

Bukan perubahan fizikal je yang Cikgu Jaja dapat. Kulit pun lebih bersih. Dah kurang berminyak. Badan rasa ringan je nak solat dan buat aktiviti. ❤️

Seronok lagi bila Cikgu Jaja dah dapat ajak ramai lagi kawan untuk sama-sama sihat dengan adanya #geng_detox 💪

So, kalau ada kawan-kawan yang nak berteman dalam ikhtiar menurunkan berat badan, jom join Cikgu Jaja 😉

Semalam pun dah dapat gelaran baru dari Master Amir ➡️ Cikgu detox 😂

Cikgu Jaja suka aje 😍

#shakleebycikgujaja
#shakleetanjongkarang
#detoxshaklee
#mydetoxjourney

Friday 26 January 2018

Saya Nak Menyusukan Anak Semula

SAYA NAK MENYUSUKAN ANAK SEMULA ❤️

Kak, boleh ke set ni banyakkan susu?


Boleh, dengan izin Allah. Kenapa dik? Nak cuba ke?

Saya ingat nak cuba kak. Saya menyesal berhenti menyusu anak hari tu. Anak saya dah 7 bulan. Tapi masa dia 4 bulan saya stop. Sejak stop tu anak saya kerap demam dan tak sihat.

Akak rasa saya boleh ada susu semula tak?

In shaa Allah, kalau niat yang baik, Allah akan permudahkan urusan adik nanti. (Cikgu Jaja sambung consult dan adik tu setuju untuk cuba ikhtiar dengan set menyusu Shaklee)

Selepas 2 hari.

Kak, pagi semalam saya pam takde lagi. Tapi petang tu dah ada setitik dua. Alhamdulillah kak, walaupun sikit dah cukup buat saya semangat nak teruskan usaha.

Alhamdulillah 😍
I'm happy for you 😘

Dia minta Cikgu Jaja doakan dia berjaya menyusukan anaknya semula.

Di sini, Cikgu Jaja mohon doa kawan-kawan juga semoga urusan ibu ini dipermudahkan dan diberi peluang untuk menyusukan anaknya semula. 😊

Terima kasih kawan-kawan. Mudah-mudahan Allah membalas jasa kalian semua ☺️

#setmenyusuShaklee
#shakleebycikgujaja
#shakleetanjongkarang

Untuk info & Order:
Norliza Ismail
Whatsapp 🔛 Cikgu Jaja
FB: Norliza Ismail
Page: Kedai Vitamin Tanjong Karang

Saturday 20 January 2018

Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Jatuh Cinta Dengan Shaklee 💕

Set Kesihatan Asas Shaklee

Bila kali pertama Cikgu Jaja kenal Shaklee?
Cikgu Jaja kenal Shaklee pada tahun 2011 masa menyusukan Auni. Harapan untuk fully breast feed nampak seakan hampir musnah bila Auni kena admit di hospital 4 hari sebab selsema. Masa tu dia baru 7 bulan.

Hidungnya tersumbat sampai dia takde rasa nak menyusu. 😢

Dengan ilmu penyusuan yang kurang, susu yang mulanya meriah makin lama makin drop. Mulalah stress pun bertandang. 😅

Tapi tak lama. Bila Cikgu Jaja masuk kerja semula, kawan kenalkan Shaklee. Cikgu Jaja google je dan terus jumpa dengan pengedar yang jual trial pack (masa tu ada lagi. Sekarang takde dah)

Alhamdulillah. Daripada 2 oz susu sekali pump, semakin hari semakin banyak semula. 😍

Tapi Jaja consume tak lama sebab takde kesedaran lagi tentang kesihatan. Memang fokus pada masalah. Selesai masalah terus babai 😂

Tak sangka berjodoh semula dengan Shaklee pada tahun 2012 bila Cikgu Jaja ada masalah HB rendah masa mengandungkan Arasy. Nampak sepupu jual Shaklee dan beli Set Hamil dengan dia. Full set. Beratus juga habis masa tu. 😆

Nampak tak?
Ada masalah je carik Shaklee.
Selesai masalah? Tinggal lagi tak? 😃

Kali ni tak tinggal dah sebab Cikgu Jaja betul-betul jatuh cinta kat Shaklee 💕

Terutama sekali kat VitaLea dan ESP yang sangat membantu memberi tenaga kat Cikgu Jaja yang tengah berbadan dua masa tu.

Setiap pagi Cikgu Jaja tak pernah miss shake ESP dengan milo atau jus masa tu. Selepas sarapan pulak mesti amik 1 biji VitaLea.

Tenaga memang luar biasa. Jarang letih kat tempat kerja. HB pun semakin baik walau tak tinggi macam orang lain. Tapi cukuplah untuk elakkan Cikgu Jaja dari kena cucuk menatang apa tah nama tu 😅

Kawan selalu tegur. Makan apa ko punya tenaga begini sekali? 😇

Sepanjang mengandung takde masalah lain dah. Syukur kepada Allah yang  permudahkan urusan Cikgu Jaja.
Masuk pulak part bersalinkan Arasy, memang amazing moment bila Cikgu Jaja lahirkan dia tanpa jahitan langsung 🙊

Rupa-rupanya protein ESP tu membantu otot-otot kita lebih elastik dan mudah bersalin.😍 Takdelah masalah nak ke toilet pulak masa dalam pantang 😉. 

Best sangat!😍

Bertambah-tambah cinta Cikgu Jaja pada produk semulajadi ni masa berpantang sebab Cikgu Jaja berpantang sepenuhnya dengan Shaklee 😊

Cikgu Sains di sekolah dulu pernah kata. Kita ni kalau berpantang ikut cara orang lama, memang semua tak boleh makan. Ayam tak boleh makan. Habis macam mana luka nak cepat sembuh sebab kita perlukan protein juga.

So Cikgu Jaja pilih protein ESP bagi menggantikan ayam. 😊

Apa yang berlaku masa pantang?
Mak pun tak terkata bila tengok Cikgu Jaja cergas je. Tak letih pun waktu siang walaupun malam bangun menyusukan anak. Luka pun cepat sembuh. Kebetulan juga Arasy tak kena kuning. So, Jaja berpantang dengan aman sekali 😍

Zaman berpantang dah berlalu. Zaman menyusu pun dah berlalu. Tapi Cikgu Jaja tetap ambil VitaLea setiap hari untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. 

Supermom la katakan 🤣

Kalau tanya Jaja, apa supplement yang sesuai untuk diamalkan setiap hari?

Jawapannya ialah VitaLea dan ESP 😍


#SaatAkuJatuhCintaShaklee
#Maestro #MLG

Untuk info & Order:
Norliza Ismail
Whatsapp 🔛 Cikgu Jaja
FB: Norliza Ismail
Page: Kedai Vitamin Tanjong Karang

Wednesday 17 January 2018

VitaLea Sebagai Sumber Tenaga Cikgu Jaja

Energy Booster 💕

Betullah kata Ticer Ifa, weolss kena makan balik VitaLea ni untuk boost energy kitorang ni sejak anak-anak dah sekolah darjah 1.


Penat sangat rasanya bila seharian kerja dan menguruskan anak selepas waktu sekolah petang. Hantar mengaji lagi.

Balik nak masak lagi 🤒

Walaupun kadang-kadang suami kata tak payah masak, tapi rasa tak best plak sebab tetap kena fikir bekal untuk esok.

Ada hari-hari tertentu kena basuh dan gosok baju sekolah anak.

Fuh! Mencabar sungguh 😅
Tapi nama pun mak kan. Kena hadap juga 💪

So ketepikan cabaran. Kita hadap VitaLea ni dan telanlah hari-hari supaya dapat membantu memberikan #tenaga yang super duper diperlukan oleh supermom like us 😍


Dari dulu VitaLea ni tetap jadi pilihan 👍
Multivitamin yang lengkap untuk membekalkan tenaga dan kesihatan asas kepada tubuh badan kita.

Consume masa hamil dan berpantang. 😊

Orang kata macam tak mengandung sebab sentiasa cergas 💪

Masa pantang pulak takde rasa letih siang hari walaupun anak kerap terjaga malam 😉

Best ke best?

Kalau nak tahu best ke tak, kena cuba sendiri ☺️

#vitalea
#energybooster
#shakleebycikgujaja
#shakleetanjongkarang