Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Tuesday, 13 June 2017

SYUKURI NIKMAT ALLAH

SYUKURI NIKMAT
.
Setiap hari kita ucapkan syukur Alhamdulillah. Banyak perkara yang kita syukuri. Dan kadang-kadang disebalik cabaran dan dugaan itu sendiri ada perkara yang kita syukuri.
.
Jaja nak kongsikan satu cerita yang terlalu memcabar bagi Jaja sepanjang 3 tahun ni tapi ada hikmah disebalik kejadian. Jaja percaya Allah nak beri lebih dan Allah lebih tahu bila Jaja layak terima semuanya.
.

Keluarga kecil Cikgu Jaja 😊

Pada 7.7.2014, Jaja pasang implan untuk perancangan keluarga. Bagi orang yang tak tahu dan tak faham memang akan mudah melemparkan kata "buat apa nak pakai implan, rancang sendiri je" dan ada juga yang kata "buat apa nak rancang2, anak kan rezeki".
.
Memang mudah orang berkata tapi bagi Jaja seorang ibu yang bekerja, mempunyai anak yang rapat-rapat tu sebenarnya penat dan kita fikirkan nak bagi perhatian kepada mereka yang masih kecil. Tiada niat untuk menolak rezeki.
.

Mereka adalah kekuatan Jaja

Sepanjang 3 tahun Jaja memakai implan ni, cabaran paling besar Jaja nak hadapi ialah hormon jadi tak stabil. Kesannya, period tak datang langsung. Kalau datang pun setahun sekali. Berat badan naik walaupun tidak mendadak. Jerawat sangat aktif sehingga merimaskan.
.
Bukan tak stress bila orang asik tegur kenapa Jaja gemuk, berisi skrg ni. Tambah stress lagi dengan jerawat ni. Tapi Jaja telan je semua kata2 orang yang tak mendalami masalah Jaja ni. Diorang tak tahu Jaja selalu fight utk kawal makan, ambil supplement untuk kawal berat badan.
.
Dan Alhamdulillah, dengan Shaklee Jaja dapat pastikan tahap kesihatan Jaja dalam keadaan yang baik. Orang tanya tak risau ke tak period? Tak. Sebab Jaja makan Alfafa Complex tu dah elok dia detox darah kita. Sebab tu dia buang semua tu melalui jerawat2 Jaja ni ha.
.
Dengan Shaklee, Jaja dapat kurangkan masalah sakit kepala sebab ada sesetengah orang bila tak period, darah kotor tak keluar akan jadi sakit kepala kan. Tapi Jaja jarang sangat dah alami sakit kepala. Alhamdulillah.
.
Yang paling Jaja nak bersyukur, walaupun kesan pakai implan tu nampak negatif tapi ada perkara positif yang Jaja dapat. Tak period, Jaja boleh solat setiap hari. Tak period, Jaja dapat puasa penuh. Tak period, Jaja dapat baca Al-Quran bila-bila Jaja nak.
.
Alhamdulillah. Syukuri nikmat Allah walaupun sedang menghadapi dugaanNya. ðŸ˜Š
.
In shaa Allah, minggu depan nak pegi bukak dah implan. Doakan Jaja sentiasa sihat dan kembali normal seperti wanita-wanita lain ðŸ˜Š
.

Kepada para suami, hargai pengorbanan seorang isteri 😊😊


Saturday, 5 December 2015

6 Tahun Menyulam Kasih



5 Disember 2009 - 5 Disember 2015

Alhamdulillah, genap 6 tahun sudah usi perkahwinan kami. Pelbagai dugaan dan ujian yang datang dariNya, kami dapat tempuh bersama.

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu atas kurnian kasih sayangMu kepada kami sekeluarga. Engkau hadirkan seorang suami yang hebat untukku dan seorang ayah yang baik kepada anak-anakku.

Engkau berikan kegembiraan kepada kami untuk senyum bersama. Engkau berikan kedukaan kepada kami untuk kami nangis bersama. Engkau juga datangkan ujian dan dugaan untuk kami tetap bersama.

Sesungguhnya masa mengajar kami erti kehidupan. Engkau anugerahkan kepada kami anak-anak yang baik Ya Allah. Anak-anak yang sentiasa membahagiakan kami Ya Allah. Moga kami sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.

Jadikanlah kami ibu dan ayah yang dapat membimbing anak-anak kami ke jalanMu Ya Allah. Dan jadikan kami anak yang membahagiakan kedua ibu bapa kami ya Allah.

Kami bersyukur Ya Allah di atas setiap pemberianMu Ya Allah.

Tahun pertama Auni meraikan Aidil Fitri

Auni pulang beraya di kampung Kelantan. Masa ni pipi bam bam sangat
Hentian Puncak Titiwangsa, tempat wajib berhenti bagi kami.
Bersama bujang ummi yang kadangkala jadi bujangan cikmi. ><
Ummi bersama kesayangan-kesayangan ummi. Aisyah, si manja ummi!


#syukurselalu

Al-fatihah untuk arwah abah dan semoga Engkau ampunkan dosa-dosa ayahku Ya Allah.

From Jeli with ♡
|JaJa|