Showing posts with label Jurnal Kesyukuran. Show all posts
Showing posts with label Jurnal Kesyukuran. Show all posts

Tuesday, 13 June 2017

SYUKURI NIKMAT ALLAH

SYUKURI NIKMAT
.
Setiap hari kita ucapkan syukur Alhamdulillah. Banyak perkara yang kita syukuri. Dan kadang-kadang disebalik cabaran dan dugaan itu sendiri ada perkara yang kita syukuri.
.
Jaja nak kongsikan satu cerita yang terlalu memcabar bagi Jaja sepanjang 3 tahun ni tapi ada hikmah disebalik kejadian. Jaja percaya Allah nak beri lebih dan Allah lebih tahu bila Jaja layak terima semuanya.
.

Keluarga kecil Cikgu Jaja 😊

Pada 7.7.2014, Jaja pasang implan untuk perancangan keluarga. Bagi orang yang tak tahu dan tak faham memang akan mudah melemparkan kata "buat apa nak pakai implan, rancang sendiri je" dan ada juga yang kata "buat apa nak rancang2, anak kan rezeki".
.
Memang mudah orang berkata tapi bagi Jaja seorang ibu yang bekerja, mempunyai anak yang rapat-rapat tu sebenarnya penat dan kita fikirkan nak bagi perhatian kepada mereka yang masih kecil. Tiada niat untuk menolak rezeki.
.

Mereka adalah kekuatan Jaja

Sepanjang 3 tahun Jaja memakai implan ni, cabaran paling besar Jaja nak hadapi ialah hormon jadi tak stabil. Kesannya, period tak datang langsung. Kalau datang pun setahun sekali. Berat badan naik walaupun tidak mendadak. Jerawat sangat aktif sehingga merimaskan.
.
Bukan tak stress bila orang asik tegur kenapa Jaja gemuk, berisi skrg ni. Tambah stress lagi dengan jerawat ni. Tapi Jaja telan je semua kata2 orang yang tak mendalami masalah Jaja ni. Diorang tak tahu Jaja selalu fight utk kawal makan, ambil supplement untuk kawal berat badan.
.
Dan Alhamdulillah, dengan Shaklee Jaja dapat pastikan tahap kesihatan Jaja dalam keadaan yang baik. Orang tanya tak risau ke tak period? Tak. Sebab Jaja makan Alfafa Complex tu dah elok dia detox darah kita. Sebab tu dia buang semua tu melalui jerawat2 Jaja ni ha.
.
Dengan Shaklee, Jaja dapat kurangkan masalah sakit kepala sebab ada sesetengah orang bila tak period, darah kotor tak keluar akan jadi sakit kepala kan. Tapi Jaja jarang sangat dah alami sakit kepala. Alhamdulillah.
.
Yang paling Jaja nak bersyukur, walaupun kesan pakai implan tu nampak negatif tapi ada perkara positif yang Jaja dapat. Tak period, Jaja boleh solat setiap hari. Tak period, Jaja dapat puasa penuh. Tak period, Jaja dapat baca Al-Quran bila-bila Jaja nak.
.
Alhamdulillah. Syukuri nikmat Allah walaupun sedang menghadapi dugaanNya. πŸ˜Š
.
In shaa Allah, minggu depan nak pegi bukak dah implan. Doakan Jaja sentiasa sihat dan kembali normal seperti wanita-wanita lain πŸ˜Š
.

Kepada para suami, hargai pengorbanan seorang isteri 😊😊


Sunday, 8 November 2015

Jurnal Kesyukuran Saya #1

Jurnal Kesyukuran Saya
=============

Assalamualaikum dan selamat pagi world. 😍😍

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Rezeki kita Allah yang beri. Rezeki juga sejak posting Jaja dah punya kereta walaupun kereta kecik je masa tu. Kelisa warna gold. Dengan kereta tu jugalah Jaja dan suami ke merata tempat sehinggalah ada Auni.

Bila Arasy lahir, rezeki kami Allah tukarkan yang lain. Kami dapat tukar ke Wira SE. Itu pun bila rezeki kakak dapat beli kereta baru, Jaja just sambung bayar wira tu. Kelisa ke mana?

Kelisa Jaja pass pula kat adik amy.  Jodoh Jaja dgn Kelisa 4 tahun juga. Adik sambung bayar kelisa, Jaja sambung bayar wira since 2013.

Alhamdulillah, 6 November 2015 Jaja dah settle bayar wira tu. 😊Lega rasanya bila kereta dh habis bayar. 7 tahun tak terasa dok membayar. Tp lately memang counting day n night bila nk pegi buat settlement.

Satu kepuasan rasanya dpt settle dah. Selepas ni boleh fikir pula nk settlekan apa. Yang penting selepas ni dah ada duit lebihan pula bulan-bulan dan kewangan semakin stabil. Bolehlah Jaja kongsi sikit-sikit dengan mak, adik-adik dan orang lain yang memerlukan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Mudah-mudahan rezeki anda juga dilapangkan selepas ini.

Amin Ya Rabbalamin..

Love,
Jaja