Sunday 8 November 2015

Jurnal Kesyukuran Saya #1

Jurnal Kesyukuran Saya
=============

Assalamualaikum dan selamat pagi world. 😍😍

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Rezeki kita Allah yang beri. Rezeki juga sejak posting Jaja dah punya kereta walaupun kereta kecik je masa tu. Kelisa warna gold. Dengan kereta tu jugalah Jaja dan suami ke merata tempat sehinggalah ada Auni.

Bila Arasy lahir, rezeki kami Allah tukarkan yang lain. Kami dapat tukar ke Wira SE. Itu pun bila rezeki kakak dapat beli kereta baru, Jaja just sambung bayar wira tu. Kelisa ke mana?

Kelisa Jaja pass pula kat adik amy.  Jodoh Jaja dgn Kelisa 4 tahun juga. Adik sambung bayar kelisa, Jaja sambung bayar wira since 2013.

Alhamdulillah, 6 November 2015 Jaja dah settle bayar wira tu. 😊Lega rasanya bila kereta dh habis bayar. 7 tahun tak terasa dok membayar. Tp lately memang counting day n night bila nk pegi buat settlement.

Satu kepuasan rasanya dpt settle dah. Selepas ni boleh fikir pula nk settlekan apa. Yang penting selepas ni dah ada duit lebihan pula bulan-bulan dan kewangan semakin stabil. Bolehlah Jaja kongsi sikit-sikit dengan mak, adik-adik dan orang lain yang memerlukan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Mudah-mudahan rezeki anda juga dilapangkan selepas ini.

Amin Ya Rabbalamin..

Love,
Jaja


No comments:

Post a Comment