Wednesday 9 September 2015

7 Sebab Air Alkali Bagus Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera world!

Salam Merdeka untuk seluruh rakyat Malaysia dan semoga kita terus di bawah peliharaan Allah dan terus merasai keamanan di Malaysia ini.

Hari ni Jaja nak cerita tentang air. Kalau cakap pasal air minuman, yang kita tahu ialah air untuk menghilangkan dahaga. Kita tak tahu pun air yang macam mana yang kita perlu minum yang terbaik untuk kesihatan kita.

Sebenarnya kita memerlukan air yang menyihatkan dan yang boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan kita.

Ramai yang tidak tahu bahawa punca penyakit dalam tubuh badan kita adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan. Tabiat pemakanan kita juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat.

Bagaimana kita ingin neutralkan asid dalam badan kita?

Jawapannya ada pada AIR ALKALI.

Air alkali mengandungi mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh  badan kita. Ia jua dapat menyeimbangkan paras asid dan alkali di dalam badan dan ia berkait rapat dengan tahap kesihatan kita.

Hari ni Jaja nak kongsikan dengan anda semua tentang 7 sebab kenapa kita perlu minum air alkali.

7 Sebab Air Alkali Bagus Untuk Kesihatan Tubuh Badan

1. Air alkali meneutralkan kandungan asid dalam badan

Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat mengandungi kandungan asid dan merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap asid.

Kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga akan mendatangkan penyakit walaupun asid diperlukan oleh badan untuk pencernaan.

Menurut Dr. Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.

Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dan kembali meningkatkan pH badan supaya beralkali.

2. Air beralkali berupaya menyingkirkan sisa toksin dari badan dengan berkesan.

Toksin ialah sisa beracun yang terhasil daripada makanan, ubat-ubatan dan sisa perkumuhan. Toksin beracun ini perlu di buang segera daripada tubuh badan agar terhindar daripada penyakit.

Air alkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci tubuh badan dan mengeluarkannya melalui air kencing dan peluh.

3. Tubuh badan tidak akan mengalami kekurangan air

Molekul air beralkali lebih kecil dan halus. Oleh yang demikian, ia lebih mudah diserap oleh tubuh badan dan dapat mengelakkan kita kekurangan air.

4. Kanser tidak dapat hidup dalam keadaan beralkali

Seperti yang telah dimaklumkan di bahagian atas tadi, sel kanser tidak dapat hidup di dalam persekitaran yang bersifat alkali. Sebab itu air alkali sangat membantu kita menghindarkan diri daripada kanser.

5. Air alkali adalah agen anti oksidan yang unggul

Kebanyakan penyakit yang berisiko tinggi adalah disebabkan radikal bebas iaitu bendasing yang telah merosakkan sel kita. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlukan sumber makanan yang mempunyai anti oksidan yang tinggi.

Air alkali merupakan agen anti oksidan yang tinggi dan unggul dan ini dapat membantu kita menangani radikal bebas disebabkan persekitaran yang tidak lagi sebaik dulu.

6. Air alkali membantu pengurangan berat badan

Yang nak kurus? Ini adalah jawapan kepada persoalan anda selama ini. Air alkali yang bertindak sebagai agen anti oksidan akan menukarkan radikal bebas kepada oksigen dan ini akan membantu meningkatkan keupayaan darah mengalir dengan lebih baik.

Selain daripada itu, air alkali juga dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan dan membantu menyingkirkan asid-asid lemak dalam badan yang boleh menyebabkan kegemukan.

7. Penawar kepada masalah kesihatan

Air alkali yang mempunyai molekul yang sihat juga dikatakan dapat menjadi penawar kepada penyakit cirit birit, gastrik dan angin.

Selain daripada penyakit yang disebutkan di atas, penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, kanser dan hipertensi juga boleh dikurangkan dengan meminum air yang bersifat alkali ini kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan.

Semoga dengan entry yang Jaja kongsikan ini dapat membantu rakan di luar sana tahu kepentingan kita mendapatkan sumber air yang elok dan bersih dan tahu manfaat air alkali kepada kita.

Kebelakangan ini pun memang air alkali mempunyai permintaan yang tinggi. Ini menunjukkan masyarakat kita telah mula sedar dengan kepentingannya.

Jom kita kongsikan lagi manfaat air alkali ini!

Salam sayang, 
《Jaja》

5 comments:

  1. Menarik za.

    Nice sharing.

    Ada beberapa perkara yang baru ku tahu.

    ReplyDelete
  2. Entry ni ade link nnt dengan Shaklee Water Pitcher. In shaa Allah nnt ku sambung. Hihi.

    Tq fa. =)

    ReplyDelete
  3. wah untung laa kalau macam ni...sebab saya ada water pitcher shaklee yang menghasilkan air alkali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul sis. Rakan sy cikgu sains dah test air yg dihasilkan oleh Shaklee water pitcher. Memg menghasilkan air alkali pada pH terbaik. =)

      Delete
  4. menarik..info yang sangat berguna

    ReplyDelete