Friday 9 October 2015

Hari Sukan Negara: Satu Inisiatif Ke Arah Hidup Sihat



Hari Sukan Negara: Program yang akan diadakan setiap tahun.

Program ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri kita pada bulan Mac 2015 sebagai hari sukan yang akan melibatkan seluruh rakyat Malaysia.

Hari Sukan Negara akan diadakan setiap tahun pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober.

Matlamat program ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia memilih gaya hidup sihat dengan mengambil berat aktiviti yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat hidup sihat

Program Sukan Negara di sekolah
=============================

Hari ni sekolah ganti dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi arahan supaya kami sama-sama melaksanakan program Sukan Negara ini.

Memang 'havoc' bila cikgu-cikgu ni disuruh bersenamrobik.


Selain daripada senamrobik, sekolah Jaja mengadakan aktiviti Jalan 1000 Langkah. Semua pelajar dan guru-guru bersama berjalan kaki termasuklah anak Jaja, Auni yang berusia 4 tahun. Memang proud of her sbb boleh habiskan route tadi. =)

Senamrobik sempat buat 2 set tadi. Memang berpeluh jugaklah sebab hampir 45 minit kami berdansa. Haha

Di bawah ini antara gelagat mereka sepanjang program pagi tadi.

Pelajar perempuan bersedia untuk senamrobik



Pelajar-pelajar lelaki yang hadir hari ini bersedia untuk aktiviti sukan negara.

Peserta Explorace Prostar anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor
peserta sekolah SMK Sungai Burong JUARA =)

Ber'AJ' kami semua hari ni di Hari Sukan Negara. =)
I ♡♡ Bawal Aidijuma
Nanti jika ada rakan guru lain yang share gambar aktiviti hari ni, Jaja update lagi di sini ye. =)



No comments:

Post a Comment