Showing posts with label food hunter. Show all posts
Showing posts with label food hunter. Show all posts

Tuesday, 10 November 2015

Island BBQ and Steamboat yang superb!



Island BBQ dan Steamboat, Kampung Melayu Subang will always be my favourite place to go. Dari tahun 2012, kami sekeluarga telah ke sana. Jauh memang jauh. Dari Tanjong Karang kami sanggup ke Kampung Melayu Subang ini untuk menikmati steamboat dan bbq yang superb!

Apa yang menariknya?

♧ pilihan makanan yang banyak dan menarik
♧ seafood dan bahan mentah yang segar serta diperap dengan baik **pastinya sebab udang yang besar-besar
♧ sos bbq yang yummy sangat serta pilihan yang banyak. Ada bbq sos, thai sos, sos cili
♧ tempat yang selesa. (Tahun 2014 dh ada satu port berbumbung yang boleh buka tutup)
♧ harga yang berpatutan. (Ada harga warga emas juga)


Pelbagai pilihan makanan untuk steamboat.
Pelbagai jenis mi disediakan. Sesuai untuk yang membawa anak kecil seperti kami.

Dapat berjumpa dengan owner Island BBQ kali ni. Yang bertudung hijau sebelah anak Jaja tu

Harga yang berpatutan dengan tempoha masa makan yang lama.
Tambahlah ikut suka anda selagi anda larat. =)

Minuman panas disediakan. Ada coffee and tea.

Tempat penyediaan makanan yang lapang dan selesa untuk memilih.

Selain daripada bahan-bahan untuk steamboat dan bbq, side dishes dia juga menarik. Last week masa  Jaja pergi tu, ada laksa, nasi lemak, nasi goreng cina dan mihun goreng.

Senang cerita memang pelbagai jenis makanan boleh dinikmati di sini.

Jom Jaja share lagi gambar-gambar menarik kami di sana minggu lepas. Kali ni bawa mak, kak lang, dan adik-adik bersama.

Kuahnya kita boleh pilih. Ada sup dan tomyam.
Bila dapat dua meja dapatlah rasa dua2 kuahnya.

Ini sebahagian daging yang diperap dengan bijan dan udang yang segar. Pasti puas hati.

Ada orang tolong grill kan, kita tinggal makan saje. Hihi

My younger sister (left) with my sister in law.

My younger sister's family. Khaleeda pun nampak berselera sangat makan bebola dan jagung bakar.

Me and my lovely mom. Dulu nak sangat bawa mak dan arwah abah ke sini tapi tiada rezeki. Abah pergi dulu. Tengok mak senyum macam ni, terubat sikit rindu pada arwah abah.

Aisyah pun behave sangat hari tu bila duduk and makan je apa yang ummi bagi. =)


Aiskrim selepas main dishes. Pencuci mulut, menyejukkan tekak. =)

Waktu operasi ada dua sesi
=============
Sesi pertama: 5 pm hingga 8pm

Sesi kedua: 8 pm hingga 10pm

Kemudahan lain yang disediakan
===========

● parking yang luas
● surau
● tandas
● payung *ketika hujan

Kedatangan anda disambut dengan mesra dan kepulangan anda dihantar dengan senyuman. =)

Jaja cadangkan jika kawan-kawan nak pergi, better booking dulu tempat. Bimbang drive jauh-jauh tak dapat tempat pula. 

Bagaimana nak ke sana?

Anda boleh waze terus menerusi alamat tersebut

Island BBQ dan Steamboat
Jalan Kemboja U5 Kampung Melayu Subang
Shah Alam

No. Telefon untuk reservation: 012-680 0041

Have fun kepada kawan-kawan yang nak mencuba k! =)

Jaja|Yang menulis ikut suka hati|


Friday, 16 October 2015

1894: Kambing Golek Mesti Cuba!


Restoran 1894: Restoran yang menyediakan menu kambing golek mesti cuba!

Di mana lokasi kedai ini?

Kedai ini terletak di Jalan Meru. Kalau dari Kuala Selangor, kawan-kawan akan jumpa simpang 3 traffic light ke jalan kilang, terus sahaja dalam 100 meter kedainya berada di sebelah kiri jalan.


Ini adalah menu yang terdapat di kedai makan 1894. Menu utamanya dah tentu kambing bakar tetapi kedai ini menyediakan pelbagai jenis set dengan harga yang berbeza-beza.

Apa yang Jaja suka dengan kedai ini ialah harga air di kedainya sangat berpatutan dan bukan seperti sesetengah kedai yang menyediakan menu yang mahal, air juga dicaj dengan harga yang mahal.



Jelas sekali kambing yang digunakan adalah segar dari ladang. =) digolek dan dibakar terus setiap hari kedai itu dibuka.

Jaja sempat bertanya habis ke seekor kambing setiap hari?

Jawapannya pekerjanya di situ memang habis. Itu tandanya memang ummpphhhhh la kan kambing goleknya.



Ini menu kambing bakar Jalan Tap. Hidangan kambing bakar bersama sup kambing dan nasi. 

Yang sedapnya menu ini bagi Jaja ialah black pepper sosnya yang terasa yummehhhh, hingga menjilat sudu. ><



Harga untuk satu set ini adalah Rm15. Portionnya memang agak besar. Boleh makan 2 orang. Dan jika anda tidak mahu makan dengan nasi, bahagian nasi boleh di tukar dengan wedges. =)

Selain menu ini malam itu, Jaja juga ada order set wedges. Tak ssmpat nak snap pic sebab anak dah meragam. Yang penting Jaja nak beritahu, dengan harga RM5, set wedges kedai ini hadir dengan portion yang besar. Memang berbaloi belikan untuk anak-anak.



Suasana dalam kedainya juga menarik, bersih dan selesa. 


Dari tepi jalan kedainya jelas kelihatan signboard 1894 dan terang dengan lampu-lampu dari dalam kedainya.



Tepi jalan di kedainya pula ada digantungkan signboard ini pula.

Jaja bagi 10/10 untuk makanan yang sedap dan 10/10 juga untuk service yang sangat cepat dan baik.

Selamat mencuba untuk kawan-kawan ye. =)

Sup kambingnya juga macam sedap. Mesti cuba selepas ini. 
><

Sunday, 20 September 2015

Kambing Bakar Sahara: Sekali Cuba Pasti Nak Lagi


Kambing bakar Sahara.

Kepada peminat-peminat kambing bakar, inilah tempatnya kalau anda inginkan kepuasan. Murah, sedap dan berbaloi.


1 set kambing bakar ini hanya berharga RM9. Di makan dengan nasi putih ketika panas-panas. Memang meleleh air liur tengok.

Jaja dan suami memg 'hantu kambing'. Tak boleh dengar ada kedai makan yang ada menu kambing bakar. Before this kitorang suka pergi kedai sate kambing di area Meru ni jugak.

One day bila dah tak tahu nak makan apa masa on the way balik dari Shah Alam, saja search tempat makanan sedap. Ada pulak 1 blog tu review tempat ni.

Sampai je di kedai, kami dah pandang antara satu sam lain. Nak order sorang satu ke nak share je. Haha. Punyalah kami tamak, order sorang sepinggan. Tapi..memang jap jempol orang jawa kata. Terbaikkkkkkkkk...

Anak-anak pulak tak risau sebab kat kedai tu ada juga Bakso.


Yang pasti memang superb menu-menu di Sahara ni. Anda semua harus cuba! Tengok saja keadaan kedainya waktu datang kami dah tahu kedai ini pilihan ramai.

Nah, kami belanja suasana kedai Sahara ni ketika kami di sana.


Ini pula adalah menu di kedai makan ini yang anda boleh cuba.


Mana yang nak cuba tu kalau tak tahu nak ke Jalan Kassim, Meru Klang, boleh waze je. Terus sampai ke kedainya. Memang dah glamour. Sangat mudah nak navigation.

Dah review ni terasa pulak nak pergi lagi. Haha..adoyai..kalau sebut pasal kambing, kami memang berhantu.

Oklah. Nanti kami review pulak pasal sate kambing ngetopp kat area Meru ni jugak. Nantikan ye. =)