Wednesday, 27 December 2017

Testimoni Detox: Berat Saya Turun 4.6kg

Testimoni detox. Berat saya turun 4.6kg 💖

Testimoni detox

Bermula: 68kg
Selepas 7 hari: 63.4kg

Perasaan selepas detox?

Badan rasa ringan. Dah mula seronok makan sayur. Nafsu makan manis dah kurang. Lengan tangan mengecil sikit 😊

Siera Haiyi | Detox Batch #3

#detoxshaklee
#shakleebycikgujaja
#shakleetanjongkarang

Hubungi kami untuk info dan order;
============
Norliza (0129041044) atau
Klik ini ➡️  HUBUNGI SEGERA untuk lebih cepat dan mudah

Mekar Legacy Group
FB page Kedai Vitamin Tanjong Karang

COD Tanjong Karang & Kuala Selangor
Pengeposan keseluruh Malaysia

Friday, 15 December 2017

Bila ALLAH Menegur

BILA ALLAH MENEGUR
.
.
Bila Allah Menegur

Ustaz, macam mana kita nak terima nasihat kalau kita tak suka kat orang yang beri nasihat tu walaupun apa yang dia kata itu benar?
.
Apabila kamu mendengar nasihat daripada orang yang kamu tidak suka, anggaplah ia teguran Allah melalui dia. - Ustaz Elyas Ismail
.
Dalam ceramah Ustaz Elyas, beliau berkata kita hidup kena saling ingat mengingati. Seperti yang telah disebutkan oleh Allah dalam Surah Al-Asr.
.
Sesungguhnya demi masa.
Manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh serta orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr: ayat 1-3)
.
Macam mana nak tegur supaya orang tak terasa ustaz?
.
Kalau tak nak terasa, tak payah tegur. Mudah 😊
Tapi orang yang terasa itu tandanya hati dia masih hidup.
Berbanding dengan orang yang langsung tak terasa apa-apa bila di nasihat. Orang-orang seperti ini yang sepatutnya kita lebih takut. Hatinya sudah tiada untuk Allah.
.
3 golongan yang perlu saling tegur menegur;
1. Ibu dan bapa kepada anak-anak
2. Guru menegur anak murid
3. Sesiapa sahaja (dengan adab yang baik)
.
Benda yang benar, pasti akan datang dengan sabar.
Berbalik kepada ayat tersebut. Berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
.
Begitulah juga dengan anak murid.
Anak murid yang hebat bermula dengan guru yang hebat.
.
Hebat yang bagaimana?
.
Hebat dalam menyampaikan ilmu dengan penuh kesabaran. Pernah sahabat nabi mengajarkan anak muridnya diulang-ulang 40x ilmu yang sama. Sehingga anak muridnya berputus asa. Tapi gurunya tetap mengajarkannya sehinggalah anak muridnya itu tadi menjadi ulama yang paling pandai.
.
Kita hanya manusia biasa.
Untuk apa kita ingin terasa hati bila ditegur?
.
Hatta Nabi Muhammad S.A.W juga ditegur oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi (ayat 23-24) dan Nabi Yunus juga ditegur oleh Allah ketika dia ingin meninggalkan umatnya dalam Surah Al-Anbia (ayat 87).
.
4 golongan yang perlu kita dekati untuk mendapatkan teguran yang baik ialah;
1.  Orang yang alim dan beramal dengan ilmunya. Hidup mesti berguru
2. Musuh kita atau  orang yang tidak suka dengan kita kerana mereka nampak keburukan kita (ini yang perlu kita baiki).
3. Pasangan kita kerana mereka sahaja yang mengenali kita luar dan dalam.
4. Sahabat baik kita kerana sahabat yang baik pastinya akan berkata yang benar.
.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian oleh Ustaz Elyas Ismail yang bertajuk Bila Allah Menegur. Jika ingin dengar yang lebih jelas boleh tonton sendiri di youtube. 😊
.
Semoga bermanfaat untuk kawan-kawan semua.💖

#muhasabahdiri
#jalanmenujukesyurga

Tuesday, 12 December 2017

Inap Santai Homestay Yang Selesa di Kuala Selangor

Inap Santai Homestay yang selesa di Kuala Selangor

Anda ingin bercuti atau ingin buat family day di Kuala Selangor?
Tapi belum jumpa penginapan yang selesa dan menyeronokkan?

Jom, Jaja bawa anda ke sebuah homestay yang menarik dan pasti akan memberikan seribu satu kenangan yang terbaik buat anda sekeluarga.😊

INAP SANTAI HOMESTAY

Inap Santai Homestay yang pasti memberikan kegembiraan kepada pengunjung


Homestay ini terletak di Jalan Tanah Serong, Kampung Sungai Gulang-gulang, Tanjong Karang. Homestay ini berada di tengah-tengah antara pekan Kuala Selangor dan pekan Tanjong Karang. Lebih kurang 10km dari pekan Kuala Selangor menghala ke Tanjong Karang.

Selain berada di dalam kawasan kampung yang mendamaikan dan jauh dari kebisingan kota, homestay ini juga tidak jauh dari kawasan padi. Kalau kebetulan anda datang pada musim padi menghijau, bolehlah bergambar dengan pemandangan yang sangat cantik!

Kenapa perlu pilih Inap Santai Homestay?

Inap Santai menyediakan bilik yang selesa untuk penginapan anda. Ruang bilik yang luas, tandas yang selesa, televisyen dan bilik yang berhawa dingin.

Anda pasti takkan percaya, dengan nilai yang anda bayar itu biliknya seperti bertaraf 5 bintang 👍

Inap Santai Homestay

Inap Santai Homestay

Inap Santai Homestay


Pandangan Inap Santai di waktu malam 
Selain daripada bilik yang selesa, di Inap Santai juga ada swimming pool yang akan membuatkan anak-anak anda tidak sabar untuk terjun berendam.

Jangan risau kerana swimming pool ini ada dua bahagian. Satu bahagian yang cetek untuk anak-anak kecil dan satu lagi bahagian untuk dewasa.

Swimming pool yang sesuai untuk anak kecil
Pandangan pejabat dan ruang kedai

Bagi yang ingin mengadakan family day di sini, homestay ini juga menyediakan ruang untuk bersukaneka dan ada juga permainan dalaman disediakan seperti karom, congkak dan dam.

Sukaneka lari dalam guni

Permainan dalaman
Bukan itu sahaja, jika anda ingin bersantai waktu malam, Inap Santai ada menyediakan ruang untuk bbq bersama keluarga. Yang terbaru Jaja dimaklumkan, homestay ini menjual terus perapan ayam dan kambing. Anda tak perlu susah payah nak perap dari rumah 😍

Best kan?


So, kalau anda nak cipta satu lagi kenangan indah bersama keluarga, jom ke Inap Santai Homestay bila bercuti. ☺

Anda boleh hubungi terus dengan pemilik jika ingin membuat tempahan. Jaja sediakan link kat bawah ni untuk memudahkan anda terus whatsapp dengan Puan Linda 😉

Inap Santai Homestay
Puan Akma Linda
Klik link ini 👉 Whatsapp PUAN LINDA

Anda boleh juga klik link di bawah ini untuk terus melihat gambar-gambar yang lebih banyak lagi berkaitan homestay ini.

👉 FB Inap Santai

Kalau anda ingin mencari tempat-tempat makan menarik di Kuala Selangor, anda juga boleh klik link di bawah ini.

👉 Tempat makan menarik di Kuala Selangor

Semoga percutian anda di Kuala Selangor ini menjadi satu moment yang tak dapat dilupakan. 💖

Cikgu Jaja | Berkongsi sesuatu yang terbaik untuk anda 💖

Monday, 11 December 2017

Jangan Risau Kalau Kulit Muka Bermasalah

JANGAN RISAU KALAU KULIT MUKA BERMASALAH
.
.
Wanita cukup risau kalau kulit muka #kusam
Bertambah risau kalau naik #jerawat 😁
Dah la jerawat. Tinggalkan #parut plak 😂
.
Siang malam dok mikir macam mana nak bagi #licin kulit muka ni. Macam mana nak bagi hilang parut jerawat ni.
.
Tengok cermin je rasa berjam-jam nak tengok muka ni kan.😁
.
Stress ke?
.
Jangan stress.😊
Korang boleh ikhtiar dengan Shaklee.👍

Kecantikan Shaklee dari dalam

Terbukti #BERKESAN, #SELAMAT dan #SEMULAJADI dengan adanya #landmarkstudy.(cerita landmark study ni nanti Jaja bgtau ye)
.
Kalau #kulit_kusam atau #tona_tak_sekata boleh ambil ESP. Kalau masalah jerawat boleh cuba #vitamin_c dan #Alfafa_Complex. Kalau jerawat tengah banyak tu boleh juga sapu #Herbal_Blend. Cepat jerawat korang kecut tau 😉
.
Kena amik semua ke?
Kalau nak tahu kena mesej Jaja.
Nanti Jaja akan cadangkan yang terbaik untuk korang 😊
.
Cuba tengok #testimoni_yaya
.
"Muka alhamdulillah ok. Ada perubahan. Tunang Yaya pun kata lain muka Yaya 😊. Dia kata muka Yaya makin cantik. ☺ Sebelum-sebelum ni jerawat banyak. Terima kasih banyak-banyak sebab bantu masalah muka Yaya ni. Terima kasih sebab share dengan Yaya. Rasa nak order lagi kalau ESP dah habis 😊" - Yaya

Testimoni Set Kecantikan Shaklee

Testimoni Set Kecantikan Shaklee

Testimoni Set Kecantikan Shaklee


Bestkan? ☺
Nak dapatkan kulit muka mcam Yaya jugak?
.
Hubungi kami untuk info dan order;
============
Norliza (0129041044) atau
Klik ini ➡️  HUBUNGI SEGERA untuk lebih cepat dan mudah

Mekar Legacy Group
FB page Kedai Vitamin Tanjong Karang

COD Tanjong Karang & Kuala Selangor
Pengeposan keseluruh Malaysia

Saturday, 9 December 2017

Testimoni Set Menyusu; Ikhtiar Ibu Untuk Menyusukan Anak Angkat

Alhamdulillah..

Bergenang air mata Lynd bila salah seorang customer send gambar ni.

Biar pun sikit tapi tidak mematahkan semangat seorang ibu


Rasa sangat touching dengan semangat akak ni. Beliau dalam usaha dan persiapan untuk menyambut anak angkat  dan berazam untuk menyusukan sendiri bayi tersebut.

2 bulan sebelum ini dia contact Lynd untuk beli Set Menyusu Shaklee dan Lynd cadangkan Alfalfa dan ESP dan beliau terus join ahli untuk dapatkan harga ahli. 😊

Ya Allah.. mulia hati beliau yang sanggup berusaha dan ikhtiar untuk menyusukan bakal baby baru nanti.. 😢

Lynd tahu bukan mudah, tapi Lynd yakin Allah ambil usaha akak sebagai saham di akhirat nanti.

Bertuah bakal baby nanti dapat ibu yang cekal dan kental.

Good luck dan tahniah kak..😊

- Haslynda Lynd-

#testimoniesp
#shakleebycikgujaja

Hubungi kami untuk info dan order;
============
Norliza (0129041044) atau
Boleh klik link whatsapp ini untuk lebih cepat dan mudah

Mekar Legacy Group
FB page Kedai Vitamin Tanjong Karang

COD Tanjong Karang & Kuala Selangor
Pengeposan keseluruh Malaysia

7 Tips Penting Bagi Anda Yang Baru Menyertai Marathon

7 TIP PENTING BAGI ANDA YANG BARU MENYERTAI MARATHON
.
7 Tips untuk menyertai marathon

Korang baru nak berjinak-jinak join larian?
.
Rasa nervous?
.
Dulu Jaja pun rasa yang sama. Nervous! 🤣
.
Tak tahu apa nak buat. Yang tahu kena tido awal supaya esok takdelah rasa tak bertenaga nak lari.
.
Bila dah masuk kali kedua, baru boleh arrange apa nak kena sedia. Tu pun kadang2 ada jugak yang tertinggal.😆
.
So hari ni Jaja nak share dengan korang 7 TIP PENTING BAGI ANDA YANG BARU MENYERTAI MARATHON yang akan membantu korang enjoy every moment masa berlari nanti 😊
.
Semoga bermanfaat 😎


1. Siap sedia

Seeloknya sediakan barang-barang yang perlu dibawa seperti pakaian, kasut, tuala, minuman, plaster atau sebarang ubat-ubatan jika perlu.


2. Cukup tidur

Jangan stress dengan acara larian anda esok hari. Just enjoy every moment dan apa yang penting ialah anda tidur lebih awal. Biasanya bila join fun run, Jaja akan tidur seawal jam 10 malam.


3. Makan secukupnya

Pilih makanan yang kaya protein dan mudah dihadam seperti roti bakar bersama peanut butter dan pisang. Makan pula mestilah 2 jam sebelum larian.

Jaja pilih yang paling mudah disediakan iaitu ESP + susu low fat + oat untuk tenaga yang berpanjangan.


4. Tiba lebih awal

Seeloknya tiba satu jam lebih awal sebelum pelepasan supaya anda tidak terkejar-kejar.


5. Lakukan regangan

Lakukan senaman ringkas khusus untuk menggerakkan otot dan elakkan kecederaan semasa larian.


6. Kekal hidrat

Pastikan anda minum air secukupnya sebelum dan selepas berlari. Tetapi jika anda berlari lebih daripada 1 jam, disarankan anda meminum minuman yang mengandungi gula dan sodium untuk kekal hidrat.

Selalunya Jaja akan bawa bersama air Performance Drink Shaklee untuk kekal hidrat kerana Performance Drink mengandungi elektrolait yang berfungsi mengekalkan cecair dalam badan.

Klik sini untuk kenali Performance Drink


7. Enjoy the music

Lari sambil memasang music dan nikmati larian anda. 😎

#CikguJajaKongsi
#tipsfitness




Friday, 8 December 2017

Testimoni ESP: Gastrik Tiada dan Mak Dapat Puasa Penuh

GASTRIK TIADA DAN MAK DAPAT PUASA PENUH

Alhamdulillah, mak saya ade gastrik teruk. Perlu makan sekurang-kurangnya 2jam sekali.

Sampaikan kalau travel pegi mana-mana, kena standby makanan dalam kereta. Roti, nasi, benda yang boleh mengenyangkan.

Saya cuba bagi minum esp, sebabkan mak tak pandai minum soya dan tak pernah minum soya, saya cadangkan campur dgn milo.

Manfaat ESP untuk kesihatan menyeluruh


Alhamdulillah, boleh masuk dgn tekak dia. Nak sihat kan, kena telan jugak la..😂

Nak dijadikan cerita, mak amik esp sebulan sebelum puasa. Selama sebulan puasa, mak dapat puasa penuh.

Sampai sekarang, mak masih consume esp. Nampak lebih bertenaga sebab mak berniaga. Kulit lebih sihat.

ESP 👍

- Nabilah Sabri-

Hubungi kami untuk info dan order;
============
Norliza (0129041044) atau
Boleh klik link whatsapp ini untuk lebih cepat dan mudah

Mekar Legacy Group
FB page Kedai Vitamin Tanjong Karang

COD Tanjong Karang & Kuala Selangor
Pengeposan keseluruh Malaysia