*Hebatnya Taubat pembuka kunci rezeki!!!*
Kehidupan kita seharian tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Ini bukan sahaja kepada mereka yang biasa malah mereka yang alim juga turut melakukan secara sengaja atau tidak.
Tiada seorang pon manusia di bumi Allah ini berani mendabik dada mengatakan dia bersih dari melakukan dosa. Mungkin satu masa dahulu kita telah melakukan salah satu dosa besar ini:
*1- melakukan perkara syirik kepada Allah*
*2- meninggalkan solat fardhu*
*3- mengguris hati ibu bapa*
*4- melakulan zina, atau zina mata, telinga dan mulut*
*5- memperolehi sumber rezeki yang haram*
*6- minum arak / berjudi*
*7- memutus hubungan persaudaraan*
*8- memfitnah / berbohong terhadap orang lain*
*9- tidak mengeluarkan zakat*
*10- suka ghibah@gosip menjadi fitnah*
Akibat dari salah satu perbuatan tersebut telah menyebabkan hati kita terkunci dan semakin hitam jika tidak dirawat....
Sebenarnya Allah itu maha penyayang dan maha pengmpun buat makhluknya tetapi kita secara sengaja atau tidak telah menafikan hak dan zat Allah sehingga kita leka dan hanyut dengan layanan nafsu serta ego kita sendiri.
Akibat dari itu kita semakin sombong malah lari dari memohon pertolongan Allah dengan mendapatkan bantuan dari selain Allah.
_"wahai sekelian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan kami), maka cubalah menembus keluar. Kamu tidak akan dapat menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan kami; masakan dapat)!"_ (ar rahman, 33)
_"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?"_ (ar rahman, 34)
_"kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab siksa itu)"_ (ar rahman, 35)
*Oleh yang demikian buanglah kesombongan kita dengan bertaubat! Hanya dengan taubat dan kembali menunaikan tuntutan Allah dapat membuka kunci hati yang kotor kembali bersih, dengan taubat, segala masalah dalam kehidupan kita akan menjadi mudah dan ringan, dengan taubat segala pintu rezeki kita akan dibuka seluas-luasnya!*
Kenapa kita perlu malu kepada pandangan orang lain atas perubahan kita tetapi kita tidak malu dengan tuntutan maha pencipta kita? Redha Allah adalah segalanya bagi kita..
Masih belum terlewat untuk kita melakukan taubat kepada Allah, mulakanlah dengan solat sunat taubat dua rakaat, sebagai panduan secara ringkas:
*1- rakaat pertama surah al kafirun*
*2- rakaat kedua surah al ikhlas*
_Selepas salam perbanyakkanlah istgihfar, bertasbih, bertahmid, bertakbir, selawat dan zikir, kemudian mohonlah ampun kepada Allah dengan mengingati dosa-dosa yang telah kita lakukan..._
_*Semoga kita mendapat keredhaaan dan dirahmati Allah Swt*_
#Copy&Paste
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Friday, 9 February 2018
Friday, 15 December 2017
Bila ALLAH Menegur
BILA ALLAH MENEGUR
.
.
Ustaz, macam mana kita nak terima nasihat kalau kita tak suka kat orang yang beri nasihat tu walaupun apa yang dia kata itu benar?
.
Apabila kamu mendengar nasihat daripada orang yang kamu tidak suka, anggaplah ia teguran Allah melalui dia. - Ustaz Elyas Ismail
.
Dalam ceramah Ustaz Elyas, beliau berkata kita hidup kena saling ingat mengingati. Seperti yang telah disebutkan oleh Allah dalam Surah Al-Asr.
.
Sesungguhnya demi masa.
Manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh serta orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr: ayat 1-3)
.
Macam mana nak tegur supaya orang tak terasa ustaz?
.
Kalau tak nak terasa, tak payah tegur. Mudah 😊
Tapi orang yang terasa itu tandanya hati dia masih hidup.
Berbanding dengan orang yang langsung tak terasa apa-apa bila di nasihat. Orang-orang seperti ini yang sepatutnya kita lebih takut. Hatinya sudah tiada untuk Allah.
.
3 golongan yang perlu saling tegur menegur;
1. Ibu dan bapa kepada anak-anak
2. Guru menegur anak murid
3. Sesiapa sahaja (dengan adab yang baik)
.
Benda yang benar, pasti akan datang dengan sabar.
Berbalik kepada ayat tersebut. Berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
.
Begitulah juga dengan anak murid.
Anak murid yang hebat bermula dengan guru yang hebat.
.
Hebat yang bagaimana?
.
Hebat dalam menyampaikan ilmu dengan penuh kesabaran. Pernah sahabat nabi mengajarkan anak muridnya diulang-ulang 40x ilmu yang sama. Sehingga anak muridnya berputus asa. Tapi gurunya tetap mengajarkannya sehinggalah anak muridnya itu tadi menjadi ulama yang paling pandai.
.
Kita hanya manusia biasa.
Untuk apa kita ingin terasa hati bila ditegur?
.
Hatta Nabi Muhammad S.A.W juga ditegur oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi (ayat 23-24) dan Nabi Yunus juga ditegur oleh Allah ketika dia ingin meninggalkan umatnya dalam Surah Al-Anbia (ayat 87).
.
4 golongan yang perlu kita dekati untuk mendapatkan teguran yang baik ialah;
1. Orang yang alim dan beramal dengan ilmunya. Hidup mesti berguru
2. Musuh kita atau orang yang tidak suka dengan kita kerana mereka nampak keburukan kita (ini yang perlu kita baiki).
3. Pasangan kita kerana mereka sahaja yang mengenali kita luar dan dalam.
4. Sahabat baik kita kerana sahabat yang baik pastinya akan berkata yang benar.
.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian oleh Ustaz Elyas Ismail yang bertajuk Bila Allah Menegur. Jika ingin dengar yang lebih jelas boleh tonton sendiri di youtube. 😊
.
Semoga bermanfaat untuk kawan-kawan semua.💖
#muhasabahdiri
#jalanmenujukesyurga
.
.
![]() |
| Bila Allah Menegur |

Thursday, 27 August 2015
10 Bahasa Dosa Yang Perlu Di Elakkan
10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK
====================================
Assalamualaikum dan selamat malam sahabat semua.
Sebelum tidur malam ni Jaja belek group whatsapp. Anak-anak dan suami semua dah tidur. Dapatlah baca mesej-mesej dalam group tu yang kadang-kadang sepanjang hari Jaja tak buka.
Dapatlah satu perkongsian dari seorang kawan. Sangat tersentuh hati ni sebab kadang-kadang Jaja terbuat juga perkara-perkara yang disebutkan tu. Rasa bersalah sangat dan semoga ia dapat membantu Jaja dan kawan-kawan di luar sana perbaiki lagi cara mendidik anak-anak.
Jom kita tengok apakah 10 Bahasa Dosa yang perlu kita elakkan.
===================================
Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.
Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.
1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.
Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?
2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”
Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.
Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.
3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”
Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.
4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”
Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.
5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”
Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam b
anyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?
Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.
6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.
7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”
Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.
8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”
Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. *image google*
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.
9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.
10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.
Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.
Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.
Subhanallah sangat benar...kesilapan biasa yg berlaku. Terimakasih atas perkongsian.
Jika ada tulisan yang memberi saranan bgmn menggantikan perkara perkara negatif ni...blh share disini...sangat membantu menjadi ibubapa yg berkesan.

Subscribe to:
Posts (Atom)