Saturday 6 May 2017

Shaklee Health Carnival di Sunway GEO

Shaklee Health Carnival di Sunway GEO
-------------

Alhamdulillah, semalam Jaja dan suami berkesempatan menyertai Karnival Kesihatan Shaklee di Home Office yang baru di Sunway Geo Tower. Pelbagai acara menarik diadakan termasuklah HEALTH CHECK UP SECARA PERCUMA.😍
.
Booth untuk check BMI dan tulang
Booth #1: BMI Check
---------
Masa kat booth ni dia check pakai karada machine yang boleh buat body analysis dan semuanya secara detail. Kita akan tahu berapa % lemak dalam badan kita. Hasil yang jaja dapat memang dah tahu macam mana 😅 tapi itu lebih baik daripada kita langsung tak tahu kan.😉

BMI Jaja: 27 (lebih berat badan) dan Jaja sepatutnya mencapai berat 57kg sahaja berbanding sekarang 63kg. So 6kg perlu gigih untuk disingkirkan 😂

Body fat: 39% (pun dikira tak bagus) Kene capai body fat dalam 25% sahaja.
Wahai lemak durjana, kau tunggu ye. Minggu depan akan start balik exercise regularly.

Actually nutritionist tadi terkejut jugak bila Jaja kata Jaja ni jenis aktif juga. Zumba 2x seminggu. Then kerja cikgu ni bukanlah duduk sahaja di satu tempat. Tapi berat tak turun-turun jugak.😅

So, tadi Sarah kata konsisten balik makan VitaLea sebab VitaLea membantu meningkatkan metabolisme badan dan mudah sikit kalori tu di bakar. Barulah ku tahu itu rahsianya selain daripada consume Omega Guard dan Lecithin.

Ok. Settle di BMI Check kita ke booth seterusnya.

Booth #2: Bone Check
-------------
Dekat booth ni kita akan letak kaki kita kat satu machine ni dan dia akan check ketumpatan tulang kita. Siapa-siapa yang belum pernah buat bone check ni, silalah buat ye. Tak rugi!

Malah kita boleh tahu macam mana keadaan tulang kita. Jaja tadi pun terkejut jugak bila result yang jaja dapat tu menunjukkan tulang jaja dah berada di border line nak ke osteoporosis. 😐😐

Maklumlah mak-mak macam kita ni memang kena dapatkan kalsium lebih tambah-tambah lagi dah pernah mengandung dan menyusukan anak. Kalsium kita berkongsi dengan anak. Kalau tak minum susu atau ambil pil kalsium, macam tu lah keadaannya. Selama ni buat tak tahu je kan. Sekarang bila dah tengok sendiri baru tahu apa nak buat.

Selepas ni 4 biji Ostematrix sebelum tidur jangan lupa ye.😉

Booth glucose dan cholesterol check

Booth #3: Glucose and cholesterol check
------------
Yang ni paling Jaja tunggu sangat-sangat. Sebab apa?
Risaukan kolesterol yang tak pernah check langsung. Berat badan dah berlebihan. Takut juga kolesterol tinggi. Tapi alhamdulillah bacaan gula dan kolesterol Jaja normal.

Bacaan glukos (tanpa puasa): 7.0
Bacaan kolesterol: 4.3

Tapi bacaan kolesterol suami pulak sangkut. Tinggi juga. 6.2 utk bacaan kolesterolnya. So, Jaja bagitahu, lepas ni kena start consume Omega Guard. Boleh kawal kolesterol dan jaga kesihatan jantung sekali.

Booth Consultation
Booth #4: Nutritionist Consultation
-------------
Di booth ni kita akan dipanggil oleh pakar nutrisi dan akan diberikan konsultasi kesihatan tentang keseluruhan result pemeriksaan kesihatan kita. Apa yang perlu diambil dan ditambah dalam pemakanan harian.

Macam Jaja, Pakar Nutrisi Sarah cadangkan set detox untuk atasi masalah berat badan Jaja tadi dan consume Ostematrix untuk dapatkan tulang yang sihat dan elakkan osteoporosis di usia yang lebih awal.😊

Selesai di booth pemeriksaan kesihatan secara percuma. Kalau kita buat pemeriksaan macam ni di klinik luar, berapa agaknya kos? Atau pun kalau kita nak buat di hospital kerajaan, berapa lama pulak nak tunggu kan? Tapi di Shaklee, semuanya percuma 😍 Tinggal luangkan sedikit masa kita untuk tahu tahap kesihatan kita. Seriously tak rugi 😍

Playground untuk anak-anak
Kalau datang ke program Shaklee jangan risau. Shaklee sentiasa mementingkan family dan setiap kali event mesti disediakan playground untuk anak-anak. Jadi, anak-anak tak ganggu aktiviti mak atau ayah mereka. Macam Jaja tadi pun bergilir tengok anak di playground.

Booth Demo
Booth Demo
--------
Selain daripada booth health check up, Shaklee juga sediakan booth demo penyedian makanan dan minuman sihat. Sandwich tuna yang disediakan bersama nutriferon dan Cinch Shake choc banana. Memang mabeles sampai Arasy berulang-ulang ke booth minum shake tu 😂

Beberapa gambar lain yang jaja sempat snap ⤵⤵

Raja segala herba - Alfafa Complex
Sustained Release Vitamin C

Cimch Shaklee
Shaklee Differenc
Shaklee memegang kepada filosofi
✔ Selamat
✔ Terbukti
✔ Berkesan

Sebab tu Jaja and family semua sukakan Shaklee ❤❤❤

No comments:

Post a Comment