Saturday 14 April 2018

Allah Bersifat Al Haadi, Maha Pemberi Petunjuk

Allah Bersifat Al Haadi, Maha Pemberi Petunjuk

MuslimGo |

Nama Allah, Al Haadi bermakna Yang memberi petunjuk bagi hamba-hambaNya yang dikehendaki.  Ini bermaksud Allah memberi petunjuk atau hidayah kepada insan/orang yang Dia pilih sahaja. Jadi berdoalah kita dan memohon selalu pertunjuk dari Allah sepertimana dalam Surah Al Fatihah yg selalu kita baca ayat 6 yg bermaksud “Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang lurus”.

Jika kita fikir, sekiranya hidayah itu memang telah ada sejak azali lagi semua manusia di muka bumi Allah ini tidak akan melakukan dosa, kejahatan dan perbuatan maksiat. Tentu hidup kita pun aman. Tidak jugalah Allah menjadikan syurga dan neraka itu. Sedangkan syurga tempat manusia yang berbuat amalan kebajikan dan neraka itu pula tempat manusia yg berbuat amalan kejahatan.

Selain itu juga, Al Haadi sangat bermanfaat bagi orang yang sedang bingung untuk membuat keputusan, atau mencari petunjuk. Dengan membaca Al Haadi sebanyak 300 kali sehabis solat fardhu Insyallah jika sesiapa sedang dalam dilemma membuat keputusan, Allah akan memberikan tanda-tanda untuknya memilih salah satu daripadanya.

Hidayah ini boleh datang bila-bila sahaja dengan apa cara sekalipun. Contohnya, hidayah ini boleh datang ketika seseorang putus hubungan dengan pasangannya, kerana melalui kejadian tersebut orang itu menjadi terbuka hatinya untuk ditemukan. Contoh lain, seseorang juga boleh mendapatkan hidayah ini ketika dia mengalami kegagalan dalam bisnesnya kerana dengan kejadian tersebut  akan menjadi bersabar dan bertawakal kepada Allah. Dia merasa menjadi orang yang tiada memiliki daya, kecuali hanya kerana pertolongan Allah.

Selain itu juga, Al Haadi juga boleh digunakan bagi mereka yang sedang sesat di tengah hutan belantara, dengan membaca Al Haadi berulang kali ketika sedang dalam keadaan sesat, maka Allah akan memberikanya tanda-tanda untuk menuju keluar dari semaknya hutan belantara. Jadi Asma Ul Husna ini sangat bermanfaat, maka perbanyaklah membaca bagi yang sedang memerulukannya kerana pertolongan Allah SWT itu tanpa batasan.

Petunjuk atau hidayah Allah memiliki nilai yang tiada bandingannya, betapa berharga, betapa mahal, sehingga tidak bisa didapatkan setiap orang. Hanya orang-orang yang beriman kepada jalan luruslah yang akan mendapatkan hidayah itu. Firman Allah: “Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” (QS. Al-Hajj [22]:54)

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada kita dan orang-orang yang ada disekeliling kita.

Semoga bermanfaat.

Text | Fasha Seth

No comments:

Post a Comment