Showing posts with label Cikgu Akaun. Show all posts
Showing posts with label Cikgu Akaun. Show all posts

Wednesday, 18 April 2018

Testimoni ESP: Ibu Menyusu 3 Jam Tanpa Henti



3 Jam NonStop Menyusu!
—---------------------—
ESP first product shaklee yang ena cuba. Untuk tambah susu. waktu tu anak dah 9 bulan tapi anak ena tak suka solid food. 

So memang 90% bergantung pada susu ibu lagi dia sangat montel orgnya. Masa umur 4 bulan dh pakai diapers saiz L. 😂

Memang susu meriah dan yang best bekas-bekas jerawat kat muka pudar dan akhirnya hilang. Badan pon tak penat, dapat puasa penuh tahun tu walaupun anak boleh menyusu 3 jam nonstop.

Alhamdulillah. #ESPbest 👍

- Pn Aeinna Musa



Khasiat ESP Shaklee ❤
.
♉ membaiki masalah rambut gugur
♉ mengurangkan risiko sakit jantung
♉ membantu mengurangkan kedutan dan menjadi ejen anti-penuaan
♉ mengurangkan simptom migrain, insomnia dan tekanan
♉ membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imunisasi
♉ mengurangkan risiko osteoporosis
♉ merangsang penghasilan sel yang sihat dan sekaligus membantu mencatikkan kulit.
♉ membantu merendahkan paras kolesterol
♉ mengandungi isoflavanes yang bersesuaian dengan hormon wanita.
♉ membantu meningkatkan metabolisme dan membantu individu menurunkan berat badan

Dapatkan konsultasi kesihatan percuma dari 👇👇
==========
Pakar Shaklee anda 🍀
==========
Whatsapp/Call/SMS
012.904.1044
🔛 www.wasap.my/60129041044
Norliza Ismail
Shaklee Distributor|1000641
🚗 COD: Tanjong Karang. Kuala Selangor
📦 Pengeposan Seluruh Malaysia
**Harga LEBIH JIMAT selepas anda MENDAFTAR sebagai ahli.

Friday, 17 March 2017

Pentingnya Keberkatan Ilmu dan Doa Seorang Guru

Keputusan SPM yang di nanti
---------
Tarikh 16 Mac 2017 sangat mendebarkan Jaja sebab hari tersebut merupakan hari keputusan SPM 2016 akan keluar.

Bimbang.
Berdebar.
Risau.

Segala perasaan itu bercampur aduk kerana takut jaja gagal mencapai apa yang telah ditetapkan lebih awal seperti tahun 2015. Tambah pula tahun 2016 adalah tahun paling mencabar setakat jaja mengajar subjek Prinsip Perakaunan di SMK Sungai Burong.



Mungkin ceritanya akan jadi sejarah yang akan diingati sampai bila-bila kerana daripada 7 orang pelajar lelaki yang mengambil akaun, 6 orang tidak hadir semasa hari peperiksaan kertas Akaun. Semuanya kerana last minute mereka rasakan mereka tak mampu nak menjawab.

Sedih. Terluka. Bohong la kalau jaja kata jaja tak rasa. 2 tahun mengajar tiba-tiba mereka tarik diri, jaja rasa seolah-olah jaja gagal mengajar mereka sesuatu yang baik.

Seorang pelajar yang hadir semasa SPM tu pun tak pernah lulus dalam mana-mana ujian dalaman sekolah. Percubaan SPM pun tak lulus. Tapi saat ditanya oleh kawan-kawan kenapa dia datang periksa SPM itu, jawapannya membuatkan jaja terharu sangat.

"Aku tak nak cikgu Liza sedih"

Perkataan itu cukup buat dada jaja sebak pagi tu dan jaja panjatkan doa pada Allah semoga dibalas kebaikannya dengan menerangkan hatinya untuk menjawap peperiksaan. Jaja letakkan sesuatu yang positif dan mendoakan dia lulus nanti.

Dan sesungguhnya memang tak disangka-sangka. Dia antara pelajar yang lulus paper Akaun semalam dan jaja menangis syukur kepada Allah. Terima kasih Allah kerana menganugerahkan kegembiraan ini untuk jaja dan dia.

Semua cikgu bertanya, lulus ke pelajar lelaki tu. Jaja mampu tersenyum dan menjawab. Ya, Aniq lulus paper Akaun.😍

Jaja pesan pada pelajar SPM 2017 kali ni. Selain daripada usaha sendiri, hormat dan menjaga hati seorang guru itu sangat penting. Kerana keberkatan ilmu dari seorang guru itu juga yang membawa kamu semua ke puncak kejayaan.

Dapatkan doa dari guru. Mohon kemaafan dari guru. Hormatkan guru. Muliakan guru kamu. In shaa Allah, Allah akan berikan apa yang kamu mahu.

Mudah-mudahan ilmu yang cikgu-cikgu berikan dapat diamalkan dan menjadi sebahagian jambatan kita ke syurga Allah.😙

Salam sayang,
Cikgu Jaja 😊