Friday 17 March 2017

Pentingnya Keberkatan Ilmu dan Doa Seorang Guru

Keputusan SPM yang di nanti
---------
Tarikh 16 Mac 2017 sangat mendebarkan Jaja sebab hari tersebut merupakan hari keputusan SPM 2016 akan keluar.

Bimbang.
Berdebar.
Risau.

Segala perasaan itu bercampur aduk kerana takut jaja gagal mencapai apa yang telah ditetapkan lebih awal seperti tahun 2015. Tambah pula tahun 2016 adalah tahun paling mencabar setakat jaja mengajar subjek Prinsip Perakaunan di SMK Sungai Burong.



Mungkin ceritanya akan jadi sejarah yang akan diingati sampai bila-bila kerana daripada 7 orang pelajar lelaki yang mengambil akaun, 6 orang tidak hadir semasa hari peperiksaan kertas Akaun. Semuanya kerana last minute mereka rasakan mereka tak mampu nak menjawab.

Sedih. Terluka. Bohong la kalau jaja kata jaja tak rasa. 2 tahun mengajar tiba-tiba mereka tarik diri, jaja rasa seolah-olah jaja gagal mengajar mereka sesuatu yang baik.

Seorang pelajar yang hadir semasa SPM tu pun tak pernah lulus dalam mana-mana ujian dalaman sekolah. Percubaan SPM pun tak lulus. Tapi saat ditanya oleh kawan-kawan kenapa dia datang periksa SPM itu, jawapannya membuatkan jaja terharu sangat.

"Aku tak nak cikgu Liza sedih"

Perkataan itu cukup buat dada jaja sebak pagi tu dan jaja panjatkan doa pada Allah semoga dibalas kebaikannya dengan menerangkan hatinya untuk menjawap peperiksaan. Jaja letakkan sesuatu yang positif dan mendoakan dia lulus nanti.

Dan sesungguhnya memang tak disangka-sangka. Dia antara pelajar yang lulus paper Akaun semalam dan jaja menangis syukur kepada Allah. Terima kasih Allah kerana menganugerahkan kegembiraan ini untuk jaja dan dia.

Semua cikgu bertanya, lulus ke pelajar lelaki tu. Jaja mampu tersenyum dan menjawab. Ya, Aniq lulus paper Akaun.😍

Jaja pesan pada pelajar SPM 2017 kali ni. Selain daripada usaha sendiri, hormat dan menjaga hati seorang guru itu sangat penting. Kerana keberkatan ilmu dari seorang guru itu juga yang membawa kamu semua ke puncak kejayaan.

Dapatkan doa dari guru. Mohon kemaafan dari guru. Hormatkan guru. Muliakan guru kamu. In shaa Allah, Allah akan berikan apa yang kamu mahu.

Mudah-mudahan ilmu yang cikgu-cikgu berikan dapat diamalkan dan menjadi sebahagian jambatan kita ke syurga Allah.😙

Salam sayang,
Cikgu Jaja 😊

No comments:

Post a Comment