Thursday, 27 August 2015

10 Bahasa Dosa Yang Perlu Di Elakkan

10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK
====================================
Assalamualaikum dan selamat malam sahabat semua.

Sebelum tidur malam ni Jaja belek group whatsapp. Anak-anak dan suami semua dah tidur. Dapatlah baca mesej-mesej dalam group tu yang kadang-kadang sepanjang hari Jaja tak buka.

Dapatlah satu perkongsian dari seorang kawan. Sangat tersentuh hati ni sebab kadang-kadang Jaja terbuat juga perkara-perkara yang disebutkan tu. Rasa bersalah sangat dan semoga ia dapat membantu Jaja dan kawan-kawan di luar sana perbaiki lagi cara mendidik anak-anak.

Jom kita tengok apakah 10 Bahasa Dosa yang perlu kita elakkan.
===================================

Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.


Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan,  inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?


2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”


Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam b
anyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?


Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”


Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. *image google*
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.


Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.
Subhanallah sangat benar...kesilapan biasa yg berlaku. Terimakasih atas perkongsian.

Jika ada tulisan yang memberi saranan bgmn menggantikan perkara perkara negatif ni...blh share disini...sangat membantu menjadi ibubapa yg berkesan.

Sunday, 23 August 2015

Awasi Diet Harian Anda

CERITA TENTANG DIET ANDA

ANDA SIBUK? TAK SEMPAT MAKAN?  ATAU ANDA  GEMAR  MAKANAN SEGERA?

Tahukah anda bahawa setiap hari anda mengejar masa untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat. 
Tidak sempat  siap kerja di pejabat, datang pula arahan utk anda menghadiri meeting, kursus, presentation dan sebagainya.

Bila masa anda dapat makan tenang?  

Selalunya  fast food lah menjadi pilihan. Mc Donald, KFC, Kenny Rogers dan banyak lagi tempat kita boleh singgah. Silap-silap  hari bulan kita makan  dlm kerata.




aduh..teruk  betul mengejar masa..

Tanpa kita sedar, makanan-makanan segera tersebut telah membawa tahap kesihatan kita kepada tahap yang rendah. Bagaimana kita boleh atasi masalah lapar ketika kita betul-betul sibuk?

Pilihlah ESP Shaklee  sebagai makanan kesihatan  anda sekarang kerana ESP Shaklee terbukti  masih kekal  sebagai makanan tambahan  untuk  mengekalkan keperluan protein dalam badan anda.

Apa itu ESP?

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.



Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan  rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada  keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian  menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal  kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*

•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu  Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),   di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Siapa  yang sesuai mendapatkan ESP?

EPS sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutamanya;

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.

Mengapa   ALFAFA SHAKLEE dan LECITHIN  adalah gabungan terbaik bersama ESP?

Kerana gabungan ketiga-tiga  produk Shaklee ini boleh membantu  anda mendapatkan berat badan ideal. Bagaimana?

LECITHIN  memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.

* Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
* Membantu mengawal paras triglycerides
* Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

ALFAFA COMPLEX  pula
berfungsi sebagai fiber di dalam usus (yang diperlukan) yang akan bergabung dengan kolesterol, air dan mineral berlebihan dan dikeluarkan sebagai najis.

==================================================
Hubungi kami sekarang untuk dapatkan konsultasi secara percuma 24/7

Pengedar Sah Shaklee Tanjong Karang
Norliza Ismail [ID:1000641]

Call/SMS/Whatsapp >> 012 904 1044

=================================================

DAPATKAN SHAKLEE PADA HARGA LEBIH RENDAH APABILA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE DENGAN HANYA RM78 YURAN KEAHLIAN SEUMUR HIDUP. (TERMASUK POSTAGE & GST 6%). NIKMATI POTONGAN HARGA 5% - 20% SETIAP KALI ANDA MEMBUAT PEMBELIAN.








40 Hari Abah Dalam Kenangan


40 Hari Abah Dalam Kenangan!

Semalam telah selesai kenduri 40 hari arwah abah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Telah 40 hari juga aku mengenang semua detik bersama hidupku dengan abah. Saat marahnya. Saat die menunjukkan kasih sayangnya. Saat die menyokong segala usaha aku dalam kerjayaku.

Abah..
sangat bermakna dalam hidupku. Seorang lelaki yang akan aku kenang segala susah payahnya membesarkan ku, memberikan didikan untukku dan sentiasa mendorong aku untuk menjadi yang terbaik.

Abah..
tidak pernah mengajarku membenci orang. Tidak pernah mengajarku membalas dendam.

Abah..
Seorang lelaki yang penyabar. Menelan segala caci maki orang dan sentiasa mengajar kami adik beradik agar sabar dalam menempuh kehidupan.

Abah..
Aku tak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir kala die menutup matanya. Saat aku jauh, abah pergi meninggalkanku..tapi mungkin itu yang terbaik untukku..agar aku lebih mengingati dia walaupun dalam keadaan sedih.

Kata-kata terakhir ku kepada abah sebelum aku pulang beraya di Kelantan (27 Ramadhan)

"Abah..eya minta ampun dan maaf atas semua kesilapan eya selama ini. Halalkan makan minum eya dan eya doakan semoga abah diberikan kesihatan yang baik. Supaya eya boleh jumpa abah lagi selepas hari raya"

Pada 29 Ramadhan..saat orang lain sibuk membuat persiapan aidilfitri..abah pergi buat selama-lamanya. Ya Allah, besar sungguh ujian dan dugaanMu terhadapku, hambaMu yang kerdil ini.

Belum puas rasanya diri ini menjagamu dan berbakti padamu, abah. Apa yang eya mampu beri pada abah kini hanyalah doa dan bacaan Yaseen setiap hari.

Tidak lupa juga Al-Fatihah Auni untuk atok setiap pagi!

Semoga abah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah untuk abah..

Allahyarham Ismail bin Tahir
31 Mei 1945 hingga 16 Julai 2015
~Kenangan bersama abah akan kekal selama-lamanya~


Friday, 21 August 2015

Rumah Kembali Berbau Hanyir!

Rumah kembali berbau hanyir!

Assalamualaikum dan selamat pagi world!

Baca tajuk sahaja macam menakutkan kan? Bau hanyir apakah yang Jaja maksudkan?

Ok. Itu bukan bau hanyir apa tapi bau hanyir capsul Omega Guard bila anak-anak Jaja makan. Diorang suka kunyah Omega tu, so berbau sikit. Tambah lagi si abang Arasy yang suka pegang-pegang selepas dikunyah.

Tapi Jaja tak kisah asalkan diorang nak makan Omega tu. Salah satu vitamin yang sangat baik untuk anak-anak dalam membina otak dan minda yang sihat.

Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard ini memberikan banyak kelebihan dan khasiatnya. Bukan kanak-kanak sahaja yang elok mengambilnya tetapi orang dewasa yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, atau wanita yang mengalami masalah berat badan, atau mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi.

Senang cerita Omega Guard ini sangat sesuai digunakan oleh seisi keluarga. Baik dari yang muda hinggalah kita yang tua-tua ni.

Jom kita tengok apa lagi manfaat dan khasiat Omega Guard Shaklee ini.



Kelebihan & Khasiat Omega Guard Shaklee

▪ mencerdaskan otak
▪ pencegahan stroke
▪ melancarkan peredaran darah
▪ sumber terbaik gizi janin pada ibu hamil
▪ nutrisi kehamilan dan pasca kehamilan
▪ memelihara kecerahan penglihatan mata
▪ menurunkan kadar kolesterol dalam badan
▪ membantu dalam penurunan berat badan
▪ nutrisi baik untuk meningkatkan daya ingatan
▪ penjagaan diri dari radikal bebas
▪ bertindak sebagai anti hipertensi serta pembekuan darah
▪ pemeliharaan pembuluh darah serta kesihatan jantung

Jaja suggest sangat Omega ni kepada anda yang mempunyai sakit darah tinggi dan jantung kerana ia membantu anda mengatasi masalah-masalah tersebut dengan baik.

In shaa Allah, jika berkelapangan nanti, Jaja update pula testimonial Omega Guard ni terutamanya mereka yang telah mengambil untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Harga Omega Guard: RM140/90 biji
Tempoh penggunaan: 1 bulan hingga 1 bulan setengah

DAPATKAN SHAKLEE ANDA DENGAN HARGA LEBIH RENDAH SELEPAS MENDAFTAR SEBAGAI AHLI. HANYA RM78 SEUMUR HIDUP (TERMASUK POSTAGE DAN GST 6%)

♧ Dapatkan konsultasi secara percuma dari Jaja 24/7

CALL/SMS/WHATSAPP

NORLIZA ISMAIL @ 012 904 1044
SID (ID: 1000641)

FB: NORLIZA ISMAIL
PAGE: KEDAI VITAMIN TANJONG KARANG

Wednesday, 19 August 2015

Kembalikan Senyumanmu

Assalamualaikum dan selamat pagi dunia! 😁

Kembali ke arena blog setelah sekian lama meninggalkan kerja2 penulisan begini. 😅

Kenapa Jaja buat tajuk 'Kembalikan Senyumanmu'?

Jaja nak kawan-kawan dan pembaca diluar sana sama-sama kembalikan senyuman hari ini dengan mengingati perkara paling seronok dan paling membahagiakan kita.



Setiap hari pasti ada perkara yang membuatkan kita rasa tak seronok. Samada di rumah, di tempat kerja, ketika bersama kawan2 atau bersama keluarga.

Kadang2 datang lambat pun dah jadikan kita tak seronok nak bekerja. Betul tak?

So, Jaja nak kita be positif dan sentiasa senyum. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Jom kita buang jauh-jauh perasaan yang tak seronok tu.

Kalau kat rumah tu tak payah nak cerita banyak2 kan..anak2 sahaja kadang2 sangat mencabar kesabaran kita. Tetapi tetaplah dengan senyumanmu wahai ibu kerana anak2 kita pasti tetap merasakan kasih sayang kita di kala kita marah.



Banyak perkara akan dapat kita atasi dengan sedikit senyuman. Ingatan untuk Jaja juga supaya sentiasalah senyum di kala sedih dan ada masalah bagaimana sekalipun.

Semoga dengan sebuah senyuman dapat merubah dunia. =)

Salam sayang,
《JaJa》


Friday, 7 February 2014

❥❥RAHSIA KULIT BERSERI DAN PINGGANG RAMPING TERBONGKAR !!! ❥❥


======================
BAKAR --->>> BUANG --->>> BINA
======================

Langkah PERTAMA : Membersihkan Usus (DETOX)
----------------------------------------------------------
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
Apa yang sesuai untuk detox adalah ALFALFA. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa, dan Herblax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herblax pada ibu2 yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak.

Langkah KEDUA : Memecahkan Lemak (BAKAR LEMAK)
---------------------------------------------------------------
Proses memecahkan LEMAK boleh dilakukan dgn mengambil LECITHIN. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Langkah KETIGA : Membina Otot dgn PROTEIN
-----------------------------------------------------
Bagi anda yg sedang dlm proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dlm setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada CINCH SHAKE atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).
Kenapa perlu mengambil protein? Apabila lemak diuraikan drpd badan, otot diperlukan utk menggantikan ruangan yg kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.




"TAWARAN" SEIKHLAS HATI DARI KAMI..

✔ 4 "BANTU MULA" PERCUMA! ☚

✔ KHIDMAT NASIHAT KESIHATAN UNTUK ANDA DAN KELUARGA SEPANJANG HAYAT PERCUMA!

✔ PENGAMBILAN MENGIKUT STANDARD PAKAR NUTRISI PERCUMA! 



INILAH PELUANG ANDA!
Dapatkan SEKARANG!
===========
CARA ORDER:
===========
✉ KLIK sini ==> http://www.facebook.com/mesaages/ummivitashoppe
☎ Call/Sms/WhatsApp:
☎ JAJA: 012-9041044
=============================
MASIH RAGU?
KLIK SINI DAN LIHATLAH SENDIRI KEBERKESANAN PRODUK INI ==>

SHAKLEE UNTUK TALASEMIA

SEJAUH MANA ANDA TAHU TENTANG TALASEMIA?


TALASEMIA adalah sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel darah merah normal dan menyebabkan sel darah itu mudah pecah atau musnah.

Ini sekali gus boleh menghasilkan bahan zat besi secara berterusan dan berkumpul di beberapa organ penting seperti jantung otak, hati dan buah pinggang.

Keadaan ini menyebabkan kerosakan pada organ itu dan pada masa sama, pesakit kelihatan pucat berikutan kekurangan sel darah merah normal. Ini disebabkan paras hemoglobin yang rendah dan memerlukan transfusi darah secara berterusan.

sumber: Berita Harian Online [27/5/12]

Antara TANDA-TANDA DAN GEJALA lain termasuklah:

> Badan menjadi pucat, lemah dan gelisah.
> Jaundis
> Tumbesaran terbantut
> Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
> Perubahan tulang muka & pipi yang tidak normal.

Penghidap TALASEMIA boleh cuba mendapatkan supplement shaklee seperti:


* B-Complex: Membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.

* ESP Shaklee: Membantu dalam pembinaan sel2 baru dalam tubuh badan termasuklah sel darah merah dan sekaligus ESP berupaya meningkatkan tenaga.

* Ostemetrix: Kandungan magnesium dan vitamin D membantu meningkatkan tenaga.

* Vitamin E: kandungan anti-oksidan yang tinggi membantu melindungi sel darah merah.


Untuk rundingan 24/7..boleh sms/whatsapp:

Norliza Ismail
012 904 1044
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR [ID: 1000641] 
FB: NORLIZA ISMAIL >> http://www.facebook.com/norliza.ismail.775
FB Page: Ummi Vita Shoppe >> http://www.facebook.com/ummivitashoppe