Thursday 15 February 2018

10 Punca Masalah Kegemukan

10 Punca Masalah Kegemukan

Ramai yang tidak berjaya menurunkan berat badan walaupun telah bermacam-macam cara dilakukan. Ada juga yang terbalik. Berat badan kurang sangat dan tidak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan.

Hari ni Jaja nak kongsikan dengan anda semua 10 Punca Masalah Kegemukan yang diterangkan oleh Dr. Ezairy.

10 Punca Masalah Kegemukan

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan

Untuk memastikan berat kita sentiasa berada pada BMI atau berat yang ideal, kita perlu pastikan nilai tenaga yang ada di dalam tubuh berada pada kadar yang normal atau seimbang.

Seimbang maksudnya nilai kalori yang di ambil adalah sama dengan tenaga yang dikeluarkan. Kalori diperoleh daripada pemakanan dan dikeluarkan semula melalui aktiviti-aktiviti seperti senaman.

Berat bertambah bila kita mengambil makanan secara berlebihan tetapi kita tidak melakukan aktiviti fizikal.

2. Gaya hidup yang kurang sihat

Ramai dikalangan rakyat Malaysia sekarang terjebak dengan gaya hidup yang kurang sihat. Lebih mudah faham ialah gaya hidup tidak aktif.

Lebih suka menghabiskan masa di depan televisyen atau komputer.

Korang tahu tak?

Dengan menonton televisyen atau menghadap komputer selama dua jam sehari secara berterusan boleh dikaitkan dengan risiko pertambahan berat badan.

Tidak dinafikan, kemajuan dunia adalah salah satu punca masyarakat kini berubah dari segi gaya hidup.

3. Genetik dan faktor keluarga

Genetik juga memainkan peranan. Dr. Ezairy berkata, kebarangkalian untuk gemuk adalah tinggi jika kedua ibu bapa kita gemuk.

Genetik juga mempengaruhi kadar pembentukan lemak di dalam tubuh. Di mana dan bagaimana lemak-lemak itu terkumpul semua bergantung pada faktor genetik dan keluarga.

4. Faktor kesihatan

Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan kegemukan. Antaranya ialah hypotiroid dan polycystic Ovarian Syndrome (PcOS).

Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme dalam badan.

5. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita. Ada juga yang secara tidak langsung meningkatkan selera makan.

6. Faktor emosi

Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi terganggu, ini secara tidak langsung akan mempengaruhi cara pemakanan kita.
Ramai diantara kita akan mengambil lebih makanan untuk meredakan tekanan hidup dan menghilangkan stress.

7. Merokok

Kandungan nikotin di dalam rokok membantu meningkatkan pembakaran kalori. Sebab tu bila orang yang berhenti merokok, akan mengalami pertambahan berat badan kerana badan mereka akan membakar kalori dengan perlahan.

8. Umur

Bila kita semakin berusia, kita mula kehilangan nilai dan kuantiti otot. Lebih-lebih lagi bila mereka tidak aktif.

Kekurangan otot secara tidak langsung akan menurunkan kadar pembakaran lemak dan seterusnya meningkatkan risiko penambahan berat badan.

9. Mengandung

Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih banyak tenaga dan kalori untuk dikongsi bersama anak di dalam kandungan.

10. Kurang tidur

Apabila kita kurang tidur secara berterusan, badan akan kekurangan hormon leptin yang berfungsi untuk menahan selera makan.

Pastikan kita mendapatkan tidur yang secukupnya supaya hormon dalam badan kita tidak terganggu.

Semuanya di tangan kita. Kita yang sepatutnya menentukan berat badan kita sendiri. Kalau selesa dwngan berat badan sekarang, teruskan. Tetapi jika rasa ingin berubah, teruskan berubah dan pilih cara yang sesuai.

Semoga impian kita semua tercapai 😊
Salam sihat!


Cikgu Jaja 😍
#Journeyto57kg

No comments:

Post a Comment