Wednesday, 9 September 2015

7 Sebab Air Alkali Bagus Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera world!

Salam Merdeka untuk seluruh rakyat Malaysia dan semoga kita terus di bawah peliharaan Allah dan terus merasai keamanan di Malaysia ini.

Hari ni Jaja nak cerita tentang air. Kalau cakap pasal air minuman, yang kita tahu ialah air untuk menghilangkan dahaga. Kita tak tahu pun air yang macam mana yang kita perlu minum yang terbaik untuk kesihatan kita.

Sebenarnya kita memerlukan air yang menyihatkan dan yang boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan kita.

Ramai yang tidak tahu bahawa punca penyakit dalam tubuh badan kita adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan. Tabiat pemakanan kita juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat.

Bagaimana kita ingin neutralkan asid dalam badan kita?

Jawapannya ada pada AIR ALKALI.

Air alkali mengandungi mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh  badan kita. Ia jua dapat menyeimbangkan paras asid dan alkali di dalam badan dan ia berkait rapat dengan tahap kesihatan kita.

Hari ni Jaja nak kongsikan dengan anda semua tentang 7 sebab kenapa kita perlu minum air alkali.

7 Sebab Air Alkali Bagus Untuk Kesihatan Tubuh Badan

1. Air alkali meneutralkan kandungan asid dalam badan

Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat mengandungi kandungan asid dan merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap asid.

Kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga akan mendatangkan penyakit walaupun asid diperlukan oleh badan untuk pencernaan.

Menurut Dr. Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.

Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dan kembali meningkatkan pH badan supaya beralkali.

2. Air beralkali berupaya menyingkirkan sisa toksin dari badan dengan berkesan.

Toksin ialah sisa beracun yang terhasil daripada makanan, ubat-ubatan dan sisa perkumuhan. Toksin beracun ini perlu di buang segera daripada tubuh badan agar terhindar daripada penyakit.

Air alkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci tubuh badan dan mengeluarkannya melalui air kencing dan peluh.

3. Tubuh badan tidak akan mengalami kekurangan air

Molekul air beralkali lebih kecil dan halus. Oleh yang demikian, ia lebih mudah diserap oleh tubuh badan dan dapat mengelakkan kita kekurangan air.

4. Kanser tidak dapat hidup dalam keadaan beralkali

Seperti yang telah dimaklumkan di bahagian atas tadi, sel kanser tidak dapat hidup di dalam persekitaran yang bersifat alkali. Sebab itu air alkali sangat membantu kita menghindarkan diri daripada kanser.

5. Air alkali adalah agen anti oksidan yang unggul

Kebanyakan penyakit yang berisiko tinggi adalah disebabkan radikal bebas iaitu bendasing yang telah merosakkan sel kita. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlukan sumber makanan yang mempunyai anti oksidan yang tinggi.

Air alkali merupakan agen anti oksidan yang tinggi dan unggul dan ini dapat membantu kita menangani radikal bebas disebabkan persekitaran yang tidak lagi sebaik dulu.

6. Air alkali membantu pengurangan berat badan

Yang nak kurus? Ini adalah jawapan kepada persoalan anda selama ini. Air alkali yang bertindak sebagai agen anti oksidan akan menukarkan radikal bebas kepada oksigen dan ini akan membantu meningkatkan keupayaan darah mengalir dengan lebih baik.

Selain daripada itu, air alkali juga dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan dan membantu menyingkirkan asid-asid lemak dalam badan yang boleh menyebabkan kegemukan.

7. Penawar kepada masalah kesihatan

Air alkali yang mempunyai molekul yang sihat juga dikatakan dapat menjadi penawar kepada penyakit cirit birit, gastrik dan angin.

Selain daripada penyakit yang disebutkan di atas, penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, kanser dan hipertensi juga boleh dikurangkan dengan meminum air yang bersifat alkali ini kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan.

Semoga dengan entry yang Jaja kongsikan ini dapat membantu rakan di luar sana tahu kepentingan kita mendapatkan sumber air yang elok dan bersih dan tahu manfaat air alkali kepada kita.

Kebelakangan ini pun memang air alkali mempunyai permintaan yang tinggi. Ini menunjukkan masyarakat kita telah mula sedar dengan kepentingannya.

Jom kita kongsikan lagi manfaat air alkali ini!

Salam sayang, 
《Jaja》

Thursday, 3 September 2015

Shaklee Effect #1: Susu Meriah Selepas Berpantang Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan selamat petang kawan!

Hari ni Jaja balik awal dari Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru Prinsip Perakaunan. Ada sedikit masa ni Jaja manfaatkan untuk berkongsi pengalaman Jaja sendiri di blog ini. Sekejap lagi nak keluar semula untuk ambil anak-anak.

Jaja nak kongsikan Shaklee Effect #1 Jaja selepas berpantang dengan Shaklee.

Supplement Shaklee untuk ibu-ibu menyusu
Semasa berpantang anak ketiga, Jaja consume Set Berpantang & Menyusu Shaklee;

  • ESP 
  • Alfafa Complex
  • Vita-Lea
  • B-Complex
  • Vitamin C Sustained Release
  • Ostematrix
  • Zinc
Daripada banyak-banyak produk di atas, Jaja memang disiplin dengan 3 produk di bawah. Apakah yang membuatkan Jaja jatuh cinta sangat dengan set ini ialah;

  • ESP - membantu Jaja lebih kenyang dan sentiasa kenyang walaupun menyusukan anak kecil dengan kerap. Selain daripada diri sendiri yang kenyang, yang Jaja perasan juga ialah Aisyah (anak ketiga) juga kenyang dan mendapat tidur yang lena di waktu malam. Ini mengurangkan kekerapan Aisyah bangun dan Jaja juga dapat berehat dengan cukup di waktu malam.
  • Alfafa Complex - Membantu Jaja menghasilkan susu yang banyak dan sangat-sangat produktif. Lihatlah gambar yang Jaja attach bersama. Itu adalah stok EBM Aisyah sepanjang Jaja cuti bersalin. Alhamdulillah, Jaja dapat teruskan sehingga Aisyah berusia 8 bulan. Alfafa Complex ini memang dikenali sebagai 'milk booster'.


  • Vita-Lea - Vita-Lea ni dah macam tonik ajaib untuk Jaja sebab dengan sebiji pil Vita-Lea ini dapat membantu Jaja kekal cergas sepanjang waktu berpantang. Bukan Aisyah seorang sahaja yang perlu Jaja jaga tetapi kakak Qila dan abg Arasy juga. Vita-Lea juga membantu tubuh badan kita kembali cergas selepas banyak kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ini kerana Vita-lea mengandungi vitamin dan garam mineral yang membantu menghasilkan sel darah merah.
Sepanjang tempoh berpantang Jaja memang sangat berdisiplin dalam pengambilan supplement ini kerana ia membantu Jaja lebih sihat untuk menguruskan anak. Maklumlah ketika itu Jaja telah pun berpantang sendiri.



Bukan itu sahaja, banyak lagi manfaat lain yang akan Jaja bongkarkan sepanjang berpantang dan menyusu dengan Shaklee ini demi berkongsi kebaikan dengan rakan-rakan di luar sana.

Kepada rakan-rakan di luar sana yang sedang-sedang mencari supplement yang sesuai untuk menyusu, Jaja memang suggest sangat Set Berpantang & Menyusu Shaklee ini. Bukan sahaja susu meriah tetapi bentuk badan kembali langsing.

Nak tahu bagaimana? >> Klik di sini untuk rahsia penting itu! =)

Banyak lagi yang Jaja ingin kongsikan dengan kawan-kawan semua. Tunggu ye, nanti Jaja kembali dengan #ShakleeEffect yang seterusnya.

Salam Sayang,
<<Jaja>>

Wednesday, 2 September 2015

2 Langkah Mudah Mendapatkan Keahlian Percuma

2 Langkah Mudah Mendapatkan Keahlian Percuma.

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah di atas limpah kurnianya.

Tak sangka sangat bila September datang dengan KHABAR GEMBIRA.




PROMO ESP SHAKLEE, makanan sumber protein TERBAIK dari Shaklee dan menjadi pilihan ramai ketika ini.

ESP Shaklee juga merupakan HOT ITEM di kalangan customer Jaja. So, untuk sepanjang bulan September ini, Jaja akan keep remind my lovely customer to place order. 

Ok, jom kita straight foward. Jaja nak kongsikan 2 langkah mudah untuk anda yang belum menjadi ahli untuk menjadi AHLI SECARA PERCUMA.

Langkah 1: Cari 6 rakan anda yang lain untuk membeli ESP dalam bulan September ini.

Langkah 2: Buat pembelian ESP PROMO 7 canister pada harga 6 canister.

Secara AUTOMATIK anda LAYAK mendapat KEAHLIAN PERCUMA kerana pembelian melebihi 200uv.

Bukan itu sahaja. Anda juga LAYAK mendapat BONUS CASHBACK serendah RM36 yang terus dibankkan ke dalam akaun anda.

Ada lagi!
Vitalea PERCUMA bernilai RM94 juga dapat ketika anda mendaftar keahlian.

Aduhhhhh! Sudahlah jimat RM65 yuran keahlian, dapat pula lagi bonus pada bulan hadapannya dan Vitalea percuma. Siapa tak nak? Anda bakal JIMAT RM195. Boleh beli ESP lagi satu yawwww. ;)

Mana yang nak tu, boleh terus whatsapp/sms/call Jaja ye. Konsultasi percuma 24 jam sehari. No worries. Anda tak mengganggu pun.

Jaja 《012 904 1044》

Monday, 31 August 2015

Testimonial ESP: Paras Kolesterol Ibu Menurun


ESP Bantu Turunkan Paras Kolesterol

Alhamdulillah, feedback dari seorang customer bila Jaja follow up balik selepas pengambilan ESP untuk ibunya.

Fateha menyatakan;

● Ibunya sentiasa bertenaga
● tidak cepat letih seperti dulu
● paras kolesterol semakin menurun

Selain daripada ibunya, beliau juga consume ESP yang mana ketika itu beliau sedang hamil anak kedua.

Feedback Fateha pula;

● rasa bertenaga selepas pulih daripada 'morning sickness'

Syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat kesihatan yang berterusan kepada kami.

Jaja hanya membantu dengan memberikan konsultasi terbaik semasa anda inginkan info dan memberikan follow up yang berterusan selepas pengambilan.

Banyak lagi kebaikan ESP untuk anda di luar sana. Whatsapp Jaja sekarang untuk tahu lebih lanjut.

Whatsapp/SMS;

Jaja 《012 904 1044》

Thursday, 27 August 2015

Legasi Shaklee; Kenali Shaklee Dan Pengasasnya

Shaklee dan pengasasnya, Dr. Forrest C. Shaklee, Sr.



Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta "Vitalized Minerals" iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. 


Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia.

Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan  kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.



Selama tempoh lebih 5 dekad, syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia.

Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi, dengan mencari bahan-bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat 'biodegradasi' di dunia.



"The more you share with others, the more valuable your share will become"
==============================

Itulah antara prinsip yang dipegang oleh DR. Forrest C. Shaklee yang menjadi ikutan para penggunanya termasuklah Jaja.

Berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain menjadikan apa yang kita kongsi itu lebih bernilai.

I love Shaklee and thank you Allah kerana menemukan Jaja dengan Shaklee.♡♡♡♡


10 Bahasa Dosa Yang Perlu Di Elakkan

10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK
====================================
Assalamualaikum dan selamat malam sahabat semua.

Sebelum tidur malam ni Jaja belek group whatsapp. Anak-anak dan suami semua dah tidur. Dapatlah baca mesej-mesej dalam group tu yang kadang-kadang sepanjang hari Jaja tak buka.

Dapatlah satu perkongsian dari seorang kawan. Sangat tersentuh hati ni sebab kadang-kadang Jaja terbuat juga perkara-perkara yang disebutkan tu. Rasa bersalah sangat dan semoga ia dapat membantu Jaja dan kawan-kawan di luar sana perbaiki lagi cara mendidik anak-anak.

Jom kita tengok apakah 10 Bahasa Dosa yang perlu kita elakkan.
===================================

Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.


Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan,  inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?


2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”


Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam b
anyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?


Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”


Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. *image google*
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.


Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.
Subhanallah sangat benar...kesilapan biasa yg berlaku. Terimakasih atas perkongsian.

Jika ada tulisan yang memberi saranan bgmn menggantikan perkara perkara negatif ni...blh share disini...sangat membantu menjadi ibubapa yg berkesan.

Sunday, 23 August 2015

Awasi Diet Harian Anda

CERITA TENTANG DIET ANDA

ANDA SIBUK? TAK SEMPAT MAKAN?  ATAU ANDA  GEMAR  MAKANAN SEGERA?

Tahukah anda bahawa setiap hari anda mengejar masa untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat. 
Tidak sempat  siap kerja di pejabat, datang pula arahan utk anda menghadiri meeting, kursus, presentation dan sebagainya.

Bila masa anda dapat makan tenang?  

Selalunya  fast food lah menjadi pilihan. Mc Donald, KFC, Kenny Rogers dan banyak lagi tempat kita boleh singgah. Silap-silap  hari bulan kita makan  dlm kerata.




aduh..teruk  betul mengejar masa..

Tanpa kita sedar, makanan-makanan segera tersebut telah membawa tahap kesihatan kita kepada tahap yang rendah. Bagaimana kita boleh atasi masalah lapar ketika kita betul-betul sibuk?

Pilihlah ESP Shaklee  sebagai makanan kesihatan  anda sekarang kerana ESP Shaklee terbukti  masih kekal  sebagai makanan tambahan  untuk  mengekalkan keperluan protein dalam badan anda.

Apa itu ESP?

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.



Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan  rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada  keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian  menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal  kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*

•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu  Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),   di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Siapa  yang sesuai mendapatkan ESP?

EPS sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutamanya;

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.

Mengapa   ALFAFA SHAKLEE dan LECITHIN  adalah gabungan terbaik bersama ESP?

Kerana gabungan ketiga-tiga  produk Shaklee ini boleh membantu  anda mendapatkan berat badan ideal. Bagaimana?

LECITHIN  memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.

* Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
* Membantu mengawal paras triglycerides
* Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

ALFAFA COMPLEX  pula
berfungsi sebagai fiber di dalam usus (yang diperlukan) yang akan bergabung dengan kolesterol, air dan mineral berlebihan dan dikeluarkan sebagai najis.

==================================================
Hubungi kami sekarang untuk dapatkan konsultasi secara percuma 24/7

Pengedar Sah Shaklee Tanjong Karang
Norliza Ismail [ID:1000641]

Call/SMS/Whatsapp >> 012 904 1044

=================================================

DAPATKAN SHAKLEE PADA HARGA LEBIH RENDAH APABILA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE DENGAN HANYA RM78 YURAN KEAHLIAN SEUMUR HIDUP. (TERMASUK POSTAGE & GST 6%). NIKMATI POTONGAN HARGA 5% - 20% SETIAP KALI ANDA MEMBUAT PEMBELIAN.